Harian Metro

‘Dia suka buat saya ketawa’

- DARI MUKA 1

Bakat Saleha diakui Lutfi dan tidak mahu impiannya terkubur selepas bergelar isteri

Pada hari bahagia mereka yang terpateri Jumaat lalu, Lutfi bersikap lebih terbuka dan melayan mesra setiap pertanyaan pihak media.

“Saya tahu ini sebahagian tanggungja­wab Saleha. Dia perlu berkongsi dengan peminat dan masyarakat mengenai hari bahagianya.

“Disebabkan itu saya bersetuju mengundang rakan media yang tidak henti-henti memberikan sokongan kepada isteri selama ini untuk samasama memeriahka­n majlis kami,” katanya. apa saja watak yang diberikan kepadanya.

Bakat hebat itu turut diperakui dan dihargai Lutfi malah lelaki itu tidak mahu minat serta impian Saleha terkubur begitu saja selepas bergelar isteri.

“Saya akan sentiasa menyokong minatnya dalam bidang lakonan. Tidak mungkin saya akan menghalang kerana tahu itu adalah jiwa dan punca rezekinya.

“Saya sering memberitah­unya supaya kejar cita-cita dan pergi sejauh mungkin dalam bidang ini. Berikan yang terbaik dan jadi pelakon berkualiti,” kata Lutfi.

Ditanya mengenai apa yang menarik mengenai Lutfi, Saleha sambil ketawa berkata belahan jiwanya itu seorang yang lucu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia