Harian Metro

Kongsi pengalaman bermakna

-

Sikap optimis, semangat ditunjukka­n pelajar UTP dorong tampil persembaha­n terbaik

langsung turut mendorong saya berusaha menampilka­n persembaha­n terbaik.

“Ini kerana menjadi tanggungja­wab saya untuk sama-sama berkongsi pengalaman bermakna dengan mereka menerusi kerja keras itu,” katanya.

Namun, Dayang berkata paling mencabar dirinya untuk persembaha­n dalam konsert itu adalah ketika menyanyika­n lagu Sri Sarawak.

Ujar penyanyi lagu Dayang Sayang Kamu ini, dia sangat gementar kerana sudah sedekad tidak menyanyika­n lagu terbabit.

“Saya sedia maklum setiap lagu ada cabarannya meskipun ia selalu dinyanyika­n. Cuma, lagu

Sri Sarawak ini sangat istimewa.

“Ia perlu saya persembahk­an dengan air lagu yang betul terutama mengingati lenggok melodinya.

“Apatah lagi, sudah 10 tahun tidak menyanyika­nnya sudah pasti banyak yang perlu saya ingat semula. Bagaimanap­un, syukur penonton terhibur,” katanya.

Tiga lagi lagu lain yang dinyanyika­n Dayang pada konsert itu adalah Di Pintu Syurga, Separuh Mati Ku Bercinta dan Lelaki Teragung.

Seramai 200 pelajar UTP jurusan kejurutera­an, sains dan teknologi mengiringi persembaha­n Dayang dalam konsert edisi keempat itu.

ANGGAP DIRI PENYANYI

BERTUAH

Kala kebanyakan penyanyi mengharap peluang dapat beraksi di pentas DFP, Dayang pula dilihat sangat bertuah.

Hingga kini, lebih lima kali Dayang diundang beraksi di pentas DFP sejak beberapa tahun lalu dan dia sangat bersyukur.

“Saya anggap ia sebagai rezeki dan mungkin juga tuah buat saya. Bagaimanap­un, bukan mudah untuk menjayakan sesuatu persembaha­n

“Apa lagi beraksi di pentas DFP yang jujur saya katakan perasaan gementarny­a sangat hebat. Walaupun sudah banyak kali beraksi, perasaan gementar itu tidak pernah hilang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia