Harian Metro

MIsi berat untuk masyarakat

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Kejayaan filem Surat Kecil Untuk Tuhan (SKUT) yang ditayangka­n di Indonesia pada 25 Jun lalu mendorong rumah produksi Falcon Pictures dengan kerjasama GSC Sdn Bhd membawa karya itu ke sini.

Filem adaptasi novel menggunaka­n judul sama mendapat sentuhan pengarah berpengala­man Fajar Bustomi dan bakal menemui penonton bermula 3 Ogos.

Pada 2011 filem dengan judul sama hasil karya Agnes Davonar yang mengangkat tema pesakit kanser berjaya mencapai kutipan pecah panggung.

Kali ini SKUT yang menampilka­n Bunga Citra Lestari dan Joe

Taslim sebagai watak utama memaparkan isu kemanusiaa­n membabitka­n anak gelandanga­n dan pemerdagan­gan organ yang membelengg­u masyarakat Indonesia mutakhir ini.

Bunga Citra Lestari yang melakonkan watak Angel dewasa berharap filem ini dapat membuka mata masyarakat Malaysia apatah lagi isu yang diketengah­kan sudah menjadi masalah global.

Malah Bunga mengakui Angel adalah watak paling berat pernah dilakonkan kerana banyak bermain emosi dan menangis.

“Filem ini sarat dengan nilai moral. Saya berharap peminat di sini menyukai filem ini dan dapat berkongsi sesuatu yang positif. Bukan apa, filem secara tak langsung memberitah­u kebahagiaa­n itu perlu dikongsi dengan orang lain.

“Kalau bercakap mengenai watak, ini karakter terberat saya sepanjang berlakon filem. Saya perlu menghidupk­an watak Angel dewasa melalui bahasa tubuh terutama mata dan banyak menangis.

“Pendek kata perlu menzahirka­n rasa kesunyian itu. Sedangkan dari segi penampilan Angel seorang yang ‘stylish’ dan penuh warna,” katanya.

Bunga yang juga penyanyi lagu Wanita Terbahagia mengakui memikul tanggungja­wab berat berlakon dalam SKUT kerana misinya adalah untuk memberi kesedaran umum.

“Saya menganggap ini satu

 ??  ?? DARI kiri Bunga, Aura dan Agnes hadir pada tayangan filem SKUT di sini baru-baru ini.
DARI kiri Bunga, Aura dan Agnes hadir pada tayangan filem SKUT di sini baru-baru ini.
 ??  ?? BUNGA melakonkan watak penuh emosi.
BABAK Ningsih dan Anton ketika kecil.
ANTON ketika kecil dilakonkan oleh Bima Azriel.
BUNGA melakonkan watak penuh emosi. BABAK Ningsih dan Anton ketika kecil. ANTON ketika kecil dilakonkan oleh Bima Azriel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia