Harian Metro

TUAH IKAN ASAM PEDAS

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Juara Masterchef Australia 2017 Diana Chan, sedia tinggalkan dunia perakaunan

Menyediaka­n masakan ikan merah asam pedas resipi ibunya, anak kelahiran Malaysia, Diana Chan akhirnya dinobatkan sebagai juara program Masterchef Australia 2017 pada 24 Julai lalu.

Menurut akauntan kelahiran Johor Bahru itu, dia sangat terharu dan berbangga apabila dapat memperkena­lkan serta menyajikan masakan Malaysia di negara berkenaan.

Malah, dia tidak menyangka menerima maklum balas positif rakyat Malaysia yang menonton program itu.

“Saya dihujani ucapan tahniah daripada rakyat Malaysia. Ia sesuatu yang luar biasa apabila mereka bangga dengan kejayaan saya tempoh hari. Malah, saya juga mendapat tawaran daripada pelbagai pihak selepas program ini tamat bersiaran.

“Saya bercadang pulang ke tanah air dalam masa terdekat.

Saya berharat menjalin kerjasama dengan Tourism Malaysia bagi melakukan beberapa aktiviti bersama rakMyA at ” a.

Sepanjang perbualan eksklusif bersama wanita ini, Diana mengakui masih terkejut dan tidak menyangka penyertaan­nya sulungnya itu membuahkan hasil.

Diana yang menetap di Melbourne menewaskan pesaingnya Ben Ungermann sekali gus layak membawa pulang hadiah wang tunai RM849,000 berserta trofi selain bakal bergelar penulis tetap kolum masakan majalah Delicious.

Kata Diana, 29, selepas berdepan detik sukar dan mencabar dalam menyiapkan menu masakan setiap minggu dia akhirnya berjaya menyakinka­n hati juri.

“Memasak adalah jiwa saya. Sejak kecil lagi saya selalu membantu ibu bapa di dapur. Ketika menetap di Australia, saya nekad mencuba nasib dengan menghantar penyertaan kepada Masterchef Australia.

“Walaupun bukan mudah untuk menyertai program ini, tak sangka nama saya dipilih selepas melepasi sesi uji bakat hinggalah dijulang sebagai juara musim ini.

“Boleh dikatakan setiap minggu cabarannya sangat sukar dan saya bekerja keras untuk memastikan tidak disingkirk­an. Apa boleh saya kongsikan, cabaran minggu final adalah antara detik paling tidak dapat dilupakan kerana tiada menu yang mudah untuk disediakan,” katanya.

Ditanya bagaimana dia mengawal keadaan apabila perlu menyediaka­n masakan dalam keadaan tertekan, Diana memberitah­u dia selalu positif dan bersungguh menyiapkan setiap hidangan.

“Sepanjang cabaran berlangsun­g saya akan tenang dan pastikan cukup rehat. Saya selalu pegang pesanan ibu bapa supaya sentiasa positif dan jangan terlalu berharap.

“Buat tugasan dengan gembira kerana apabila kita paksa untuk menyediaka­n sesuatua hidangan, pasti rasa risau sekiranya hasilnya tidak seberapa,” katanya. .

Ditanya adakah dia bersedia meninggalk­an kerjaya sebagai akauntan, Diana berkata dia reda sekiranya sudah tertulis takdirnya bergelar cef selepas ini.

“Bergelar cef adalah impian saya sejak kecil. Jika ada tawaran besar yang datang sudah tentu saya akan terima.

“Bagi saya cef dan akauntan saling berkait. Bukan apa di samping saya membuat bisnes dalam masakan , saya juga mempunyai ilmu dalam menguruska­n kewangan,” katanya.

Selain Diana, seorang lagi rakyat Malaysia yang pernah memenangi pertanding­an sama ialah Adam Liaw ketika musim kedua program itu.

Bagi saya cef dan akauntan saling berkait. Bukan apa, di samping saya membuat bisnes dalam masakan, saya juga mempunyai ilmu dalam menguruska­n

kewangan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia