Harian Metro

Selebriti ‘layan’ lelaki, perempuan demi kepentinga­n

-

Pelakon lelaki baru ini pernah dikaitkan dengan seorang pelakon wanita popular. Tidak lama selepas itu dia dikatakan menjalin hubungan dengan seorang penerbit drama wanita pula.

Selepas lama senyap, tiba-tiba muncul cerita mengatakan pelakon lelaki berwajah jambu ini ‘melayan’ golongan lelaki berduit.

Malah, rakan SS berkata pelakon lelaki ini meminta dibelikan kereta BMW daripada seorang lelaki bergelar Datuk. Tidak cukup dengan itu dia juga meminta beberapa barangan berjenama lain.

Terbaru pelakon lelaki ini mendesak namanya diletakkan sebagai pemegang saham dalam syarikat baru Datuk itu. Sehinggaka­n nama syarikat itu menggabung­kan nama mereka berdua.

Namun, baru-baru ini rakan SS terserempa­k pula dengan pelakon ini bersama seorang wanita cantik.

Rupa-rupanya pelakon ini mengamalka­n konsep ‘makan’ kiri dan kanan. Pendek kata dia ‘layan’ kedua-duanya pada satu masa. Satu demi kepuasan nafsu dan satu lagi untuk kepentinga­n diri.

SS: Apa sudah jadi dengan segelintir manusia zaman sekarang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia