Harian Metro

Siswa UM duta budaya di Palembang

-

Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) dari Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah (KKTB) memilih Palembang sebagai destinasi ketiga mereka selepas Padang dan Riau dalam rangka program tahunan Jelajah Adat di Indonesia (JADI).

Ketua Delegasi JADI Nur Farhanah Mohd Jami berkata, program itu diilhamkan bagi memberi pendedahan dua hala dalam usaha mengenali dan mempelajar­i persamaan serta perbezaan di dalam unsur kebudayaan yang dikongsi.

Katanya, selain dialog dua hala, sesi perkongsia­n ilmu dan lawatan ilmiah ke pusat kebudayaan, program ini turut memberi peluang kepada mahasiswa UM untuk membina jalinan persahabat­an yang kukuh serta berpanjang­an.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia