Harian Metro

Ambil kira pelbagai aspek sebelum ke luar negara

-

Persediaan sebelum ke luar negara amat penting dengan mempersiap­kan diri dengan ilmu sebelum ke sesebuah negara.

Tak kira ilmu bahasa atau subjek yang bakal dipelajari di sana. Tidak lupa juga ilmu budayanya.

Berkongsi pandangan mengenai persediaan pengajian di luar negara Dekan Fakulti Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM Profesor Madya Dr Afandi Ahmad berkata pelajar perlu menilai pelbagai aspek antaranya kos pengajian di luar negara yang jauh lebih tinggi mesti dihargai sebaik-baiknya dan tidak boleh dipandang remeh.

“Persiapan yang rapi mesti dilakukan supaya pelaburan untuk mendapatka­n kelulusan daripada universiti di luar negara berbaloi.

“Aspek fizikal juga penting kerana berada di luar negara tentunya berhadapan perubahan empat musim walaupun kelihatan menyeronok­kan adalah satu cabaran.

“Ketidaksed­iaan fizikal dibimbangi membawa mudarat kepada kesihatan yang akhirnya menjejaska­n tumpuan terhadap pengajian,” katanya.

Kekuatan mental juga mesti diberikan perhatian yang serius. Berada jauh daripada keluarga sangat menduga, misalnya apabila diuji masalah kesihatan, masalah rakan sekeliling, masalah pengajian atau jika diuji dengan kehilangan orang yang tersayang jauh di Malaysia.

“Peranan rakan terdekat juga sangat penting untuk mendepani cabaran emosi seperti ini.

“Kompetensi bahasa juga tidak boleh dipandang ringan walaupun bagi yang memilih untuk ke negara yang menggunaka­n bahasa Inggeris,” katanya yang mengingatk­an sikap kera sumbang perlu dielakkan.

Menerusi kemahiran sosial yang tinggi, tentunya dapat menimba lebih banyak pengalaman dalam menganalis­a perbezaan budaya sesebuah negara.

Keupayaan intelektua­l yang tinggi juga perkara yang serius. Misalnya bagi yang memilih pengajian dalam bidang sains dan teknologi, asas sains serta matematik mesti dipastikan mantap.

“Ini bagi mengelakka­n kita tercicir di dalam pengajian yang rata-rata begitu pantas untuk dilalui,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau menjelaska­n aspek kewangan juga mesti sentiasa diperhalus­i kerana berada di rantau orang janganlah bersikap lepas bebas dan mengamalka­n gaya hidup mewah.

“Persiapan menghadapi hal kecemasan mesti sentiasa diberikan perhatian, misalnya jika tiba-tiba ada keperluan mendesak untuk kita kembali ke Malaysia, sudah pasti sejumlah kewangan diperlukan,” katanya.

Menurut laman Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) sehingga 12 April 2016:

51 negara menjadi pilihan pelajar Malaysia melanjutka­n pengajian mereka.

19,350 pelajar di United Kingdom dan Ireland

14,300 pelajar di Australia

13,600 pelajar di Taiwan 11,261 pelajar di Mesir 7,321 Amerika Syarikat Lima negara paling sedikit penuntut Malaysia adalah Bosnia Herzegovin­a, Hungary dan Qatar, masingmasi­ng dengan tiga pelajar manakala Hong Kong serta Oman masing-masing dengan dua dan satu pelajar bagi pada 2015.

 ??  ?? INSTITUSI pengajian di negara kita juga melahirkan graduan cemerlang.
l
l
l l l l
INSTITUSI pengajian di negara kita juga melahirkan graduan cemerlang. l l l l l l
 ??  ?? KEJAYAAN dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang membolehka­n pelajar sambung pengajian di luar negara.
KEJAYAAN dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang membolehka­n pelajar sambung pengajian di luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia