Harian Metro

Bangga saksi detik bersejarah

-

“Aktiviti silang budaya dilaksanak­an bersama kumpulan kesenian yang dikenali sebagai Sanggar Seni Nusa Kirana.

“Melaluinya, penuntut UM berpeluang menyaksika­n gerak tari persembaha­n liuk zapin, salah satu daripada tarian tradisiona­l Palembang yang banyak dipengaruh­i muzik dan gerak tubuh dari tanah Arab.

“Sebagai balasan, siswa UM turut mempersemb­ahkan tarian asyik, tarian yang berasal dari istana Kesultanan Kelantan. Sebuah sesi dialog antara ahli dan tenaga pengajar Sanggar Seni Nusa Kirana bersama mahasiswa UM turut diadakan di penghujung persembaha­n,” katanya.

DMO Musi Palembang bahagian yang bertanggun­gjawab mengenai pelanconga­n di bawah pejabat Walikota Palembang turut menjemput delegasi JADI bagi menyerikan suasana di dalam sebuah program kebudayaan khas sempena Festival Imlek Indonesia 2017 di Gedung PSCC, Palembang.

Pegawai Kebudayaan Kanan UM Aida Nurul Ain Abd Rahman berkata Festival Imlek Indonesia adalah acara tahunan di beberapa bandar raya Indonesia bagi meraikan Tahun Baru Cina.

Katanya, kebiasaann­ya pelbagai program kebudayaan masyarakat

Cina akan diadakan meliputi seni persembaha­n, pakaian, makanan dan aspek lain budaya Cina yang unik.

“Kami turut dijemput pihak Gubernur Provinsi Sumatera Selatan bagi mewarnai majlis pelancaran Kampung alMunawar, sebuah kawasan penempatan dihuni hampir keseluruha­n penduduk yang berketurun­an Arab.

“Perkampung­an ini unik kerana berusia lebih 300 tahun tetapi masih mengekalka­n budaya dan kesenian Arab peninggala­n nenek moyang mereka yang juga pedagang.

“Kami berbangga kerana menjadi sebahagian daripada sejarah baru perkampung­an ini dan menjadi wakil Malaysia yang menyaksika­n detik bersejarah ini. Secara tidak langsung ini menunjukka­n sokongan kita kepada usaha kelestaria­n seni dan budaya di Nusantara,” katanya merangkap penasihat JADI.

Walaupun delegasi UM ini dianggotai mahasiswa daripada pelbagai latar belakang jurusan termasuk kejurutera­an, perubatan dan alam bina, kualiti persembaha­n mereka yang dipertonto­nkan menarik minat Walikota Palembang sendiri iaitu H Harnojoyo.

Kumpulan ini kemudian dijemput ke Rumah Dinas iaitu kediaman rasmi beliau di Jalan Tasik, Palembang untuk diraikan. - Fazurawati Che Lah

Dijemput ke program

sempena Festival Imlek Indonesia 2017 dan pelancaran

Kampung al-Munawar Secara tidak langsung ini menunjukka­n sokongan kita kepada usaha kelestaria­n seni dan budaya di Nusantara

 ??  ?? GAMBAR kenangan selepas membuat persembaha­n.
GAMBAR kenangan selepas membuat persembaha­n.
 ??  ?? LAWATAN delagasi ke pusat pelanconga­n al-Quran.
LAWATAN delagasi ke pusat pelanconga­n al-Quran.
 ??  ?? SISWA UM membuat persembaha­n.
SISWA UM membuat persembaha­n.
 ??  ?? NUR FARHANAH
NUR FARHANAH
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia