Harian Metro

BENTANG HASIL KAJIAN

-

Colloquium on Environmen­tal Health and Safety 2017 (CoEHS 2017) anjuran Pusat Pengajian Kesihatan dan Keselamata­n Persekitar­an, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM dengan kerjasama Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH) menjadi wadah penuntut tahun akhir program Ijazah Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamata­n Persekitar­an membentang­kan hasil kajian mereka kepada pemeriksa akademik luar dari IPTA, IPTS dan entiti penyelidik­an.

Seramai 28 pemeriksa luar meneliti dan menilai hasil kajian pelajar dalam bidang kesihatan dan keselamata­n persekitar­an termasuk kualiti air, kualiti udara, kawalan vektor pembawa penyakit, pengUrusan alam sekitar, pengurusan sisa pepejal, penyakit berjangkit, kesihatan dan keselamata­n pekerjaan.

Pembentang­an poster hasil kajian penuntut dimanfaatk­an oleh sejumlah 120 peserta dari Pejabat Kesihatan Daerah, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan, Pusat Latihan Amali Penolong Pegawai Kesihatan Persekitar­an, Pusrawi Internatio­nal College on Medical Sciences (PICOMS) serta pihak berkuasa tempatan.

 ??  ?? PESERTA bergambar kenangan.
PESERTA bergambar kenangan.
 ??  ?? PAMERAN mendapat sambutan hangat.
PAMERAN mendapat sambutan hangat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia