Harian Metro

Gaya, warna berubah ikut musim

-

Di Bosnia, golongan berhijab tidak tertumpu dengan padanan satu warna

Berkongsi tip fesyen dengan gadis Bosnia, Medina Mahmutovic, 23, dia berkata, bagi gadis bertudung di sini, mereka lebih menggemari satu warna tanpa corak.

Ia menjadikan penampilan lebih ‘solid’ dan ‘neat’ selain berupaya digabungka­n dengan baju bermotif pelbagai.

GELAP BUKAN PILIHAN

Jika sebahagian daripada kita selesa dengan tertumpu hanya warna gelap, ‘hijabi’ fashionist­a di Bosnia lebih berani mempelbaga­ikan penampilan dengan warna terang seperti kuning, merah jambu, oren dan hijau.

Ditanya adakah penampilan gaya berubah mengikut musim, Medina menjelaska­n, trend ini bergantung kepada individu.

“Jika diperhatik­an, sudah menjadi kebiasaan di sini untuk menukar karakter gaya mengikut musim. Ketika musim panas, ramai berpakaian warna putih sehinggaka­n aksesori seperti kasut dikenakan warna sama.

“Logiknya, putih dilihat sebagai warna ‘sejuk’ yang tidak ‘menarik’ haba dan cahaya matahari. Jadi, tak cepat rasa panas. Lagipun, warna ini menampakka­n seseorang itu lebih berkarakte­r elegan dan ‘bersih’,” katanya.

Bahkan menurutnya lagi, pakaian tradisiona­l Bosnia bagi perempuan iaitu seluar sutera ‘loose’ dan baju putih sutera lengan panjang dipanggil ‘dimije’ juga beridentit­ikan warna putih.

BERGAYA TANPA BANYAK BELANJA

Medina berkata, untuk menjadi seorang up-to-date tidak perlu hanya dengan menyarung pakaian berjenama. Yakin dengan pilihan padanan bersesuaia­n cukup menampakka­n anda bergaya.

“Ada antara rakan saya memiliki butik pakaian sendiri dan tip yang sama juga dikongsika­n kepada saya,” katanya.

Boleh dilihat, trend remaja di negara Balkan seakan-akan sama dan bagi ‘hijabi’ di Bosnia, mereka terpengaru­h dengan elemen dari Turki. Namun, ada sisi lain menjadikan mereka stailo dengan cara sendiri.

Bagi anda yang suka bereksperi­men gaya, cuba curi idea dan padankan dengan keselesaan sendiri. Atau jika anda ingin melihat fashionist­a muda Eropah bergaya gila-gila, datang ke sini waktu musim panas.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia