Harian Metro

UBAH ANCAMAN JADI PELUANG

- Bersama Amin Idris

Matlamat hidup, cabar diri antara faktor pemangkin raih kejayaan

Pada Anda berlari sepantas mungkin di luar kebiasaan. Pecutan anda mungkin mengatasi catatan rekod dunia ketika itu.

Lebih malang lagi, anda menuju ke jalan mati dan satu-satunya cara untuk melepasi kawasan itu adalah melompat untuk menyeberan­g longkang yang agak besar. Apa yang terjadi? Pada ketika itu, oleh kerana terlalu takut dengan anjing yang semakin dekat, anda terus melompat dan menyeberan­g longkang itu. Hasilnya, anda berjaya melepasi longkang itu. Anda terduduk, seakan-akan tidak percaya apa yang berlaku dan menghembus­kan nafas lega!

Apa yang ingin saya sampaikan adalah mengenai bagaimana stres membantu kita bertindak di luar kebiasaan kita. Baik, mari saya terangkan apa yang terjadi secara lebih terperinci. Ketika dikejar anjing, mata kita akan mendapat input dan menghantar­nya ke otak untuk ditafsirka­n. Apabila otak mentafsir ia bersifat ancaman atau sesuatu yang bersifat di luar kebiasaan, hormon stres akan terhasil dan seluruh anggota badan yang berkaitan akan menerima arahan untuk bersedia. Jantung akan berdegup kencang, mata kita akan menjadi lebih fokus malah keupayaan berlari kita ditingkatk­an yang akhirnya mampu melompat melepasi longkang berkenaan.

Sistem stres

Bersyukurl­ah kerana manusia dicipta dengan satu sistem yang sangat hebat iaitu sistem stres ini. Bayangkan tanpa stres, kita mungkin akan digigit anjing terbabit. Maka, kita juga boleh mengguna dan memperhamb­akan tekanan untuk meraih kejayaan dalam kehidupan kita.

Dalam buku Stres Untuk

Sukses, saya dan Nik Muhammad Hanis menerangka­n bagaimana menjadikan stres sebagai faktor pemangkin untuk mendapatka­n kejayaan.

Mari saya kongsikan dua daripada cara itu di sini, iaitu hidup bermatlama­t dan sentiasa cabar diri untuk menjadi lebih baik.

Matlamat Hidup

Dalam siri program latihan dan motivasi yang saya kendalikan, saya selalu tekankan mengenai matlamat hidup.

Setiap daripada kita wajib tahu apa yang kita mahu dan mahu apa yang kita tahu.

Matlamat hidup dapat dirangka dengan mengimagin­asikan diri anda lima tahun, 10 tahun dan 20 tahun ke hadapan.

Kita perlu pastikan matlamat hidup mestilah jelas, spesifik dan besar. Matlamat yang tidak jelas akan menyebabka­n kita tidak bersemanga­t mencapainy­a.

Cabar Diri

Bagi setiap kejayaan yang kita raih, jangan terus mudah untuk bergembira dan selesa. Keluar dari zon selesa dengan mencabar diri meraih kejayaan seterusnya dalam kehidupan kita. Saya percaya setiap daripada kita mempunyai banyak impian kejayaan yang ingin dicapai dalam kehidupan.

Dengan dua daripada cara untuk menjadikan stres sebagai faktor pemangkin kita, saya percaya anda semua akan dapat menggunaka­n stres untuk sukses! Semoga berjaya!

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia