Harian Metro

Bukan semua kanser ada penanda tumor

-

Saban tahun kita dimaklumka­n mengenai peningkata­n jumlah pesakit kanser. Setakat April tahun lalu, Kementeria­n Kesihatan mendedahka­n kira-kira 100,000 rakyat negara ini disahkan menghidap kanser setiap tahun. Tambah membimbang­kan apabila wanita dikatakan paling ramai mengalami penyakit paling digeruni itu.

Kenyataan itu turut menganggar­kan satu daripada empat rakyat akan mengalami penyakit kanser pada usia 75 tahun. Antara punca situasi itu kerana peningkata­n populasi dan jangka hayat yang lebih lama.

Berbalik kepada isu kanser, antara perkara kerap melintas di ingatan kebanyakan daripada kita adalah mengenai kepentinga­n ujian saringan dan pengesanan awal barah. Namun yang difikirkan selalunya berakhir pada topik penanda tumor.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia