Harian Metro

Tak dibangun menyeluruh untuk saring kanser

- DARI MUKA 15 UJIAN PENANDA TUMOR DAN KANSER

Ringkasnya, penanda tumor adalah suatu bahan yang boleh diukur di dalam darah, tisu badan atau cecair tubuh yang lain. Nilai yang diukur dapat membantu proses mengesan dan merawat pesakit kanser. Ia mungkin berbentuk protein, antigen atau hormon atau penanda tumor.

Bagi Ketua Klinik Perubatan Penjagaan Kesihatan Internatio­nal Medical University (IMU) dan Pakar Perubatan Keluarga Dr Verna Lee

Kar Mun, sekalipun penanda tumor banyak digunakan dalam ujian di makmal komersial, tidak dibangunka­n secara menyeluruh untuk menyaring sebarang jenis kanser.

“Kalau diperhatik­an secara dekat, penanda tumor adalah bahan yang dihasilkan oleh tubuh sebagai tindak balas kepada kanser. Ia juga boleh dihasilkan oleh sel kanser itu sendiri. Dalam sesetengah kes, penanda ini adalah khusus untuk satu jenis kanser saja, sementara yang lainnya mungkin tidak boleh atau boleh juga dilihat dari jenis kanser lain. Bahan ini biasanya didapati berada di tahap yang sangat tinggi dalam darah atau air kencing atau tisu badan.

“Dalam situasi biasa, sampel darah atau air kencing akan diambil untuk dianalisis bagi mengenal pasti penanda tumor tertentu atau berbilang. Ujian ini sangat penting dan dilakukan berulang kali terhadap pesakit yang disahkan kanser atau mereka yang tidak lagi menerima rawatan.

“Ia bertujuan memantau tindak balas rawatan kanser (ketika proses rawatan) atau untuk mengesan semula barah (selepas tamat rawatan) pada pesakit. Dalam perubatan, ini dipanggil pencegahan tertier (peringkat ketiga).

“Bagaimanap­un, satu perkara yang cukup penting untuk diperhatik­an adalah pergerakan sel kanser dan sel normal yang membawa kepada peningkata­n julat penanda tumor. Dalam erti kata lain, keadaan tidak kanser masih boleh menyebabka­n penanda dinaikkan di atas julat normal, kerana bahan ini dihasilkan secara semula jadi di dalam tubuh,” katanya.

Menjelas lanjut, Dr Verna berkata, terdapat kekurangan data dan bukti saintifik yang boleh menjelaska­n kepada doktor dan pengamal perubatan mengenai kaedah paling tepat untuk mentafsirk­an hasil ujian sebegini.

“Doktor sendiri tidak tahu apa langkah pengurusan seterusnya jika seorang individu yang sihat mencatatka­n hasil ujian penanda tumor yang tidak normal. Sebab itu, ujian penanda ini tidak pernah digunakan sebagai ujian saringan kanser,” katanya.

Sekiranya keputusan ujian berulang menunjukka­n kecenderun­gan meningkat dalam tahap penanda tumor, doktor akan menjalanka­n ujian lanjut untuk mengesahka­n kanser atau kegagalan rawatan.

Pada asasnya, penanda tumor yang akan membantu doktor memilih rawatan sesuai untuk pesakit, sama ada menggabung­kan kemoterapi atau terapi radiasi selepas pembedahan, atau memilih jenis ubat yang paling berkesan, memantau rawatan, meramalkan kadar pemulihan serta memerhati sebarang tanda sel kanser berulang.

“Seperti yang dijelaskan, penanda tumor berbeza digunakan untuk menguji pelbagai jenis kanser.

“Bagaimanap­un, terdapat juga beberapa jenis kanser yang tidak mempunyai penanda tumor. Jadi, adalah lebih baik pesakit berbincang dengan doktor sebelum memutuskan sama ada mahu atau tidak menjalani ujian. Antara pilihan lain untuk melihat jenis kanser tertentu ialah kolonoskop­i (kanser kolorektal), mamogram (kanser

 ?? FOTO: ?? SARINGAN kanser.
FOTO: SARINGAN kanser.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia