Harian Metro

Manfaatkan sirih cina untuk kesihatan

-

Sesekali berkebun atau membersihk­an kawasan luar rumah, pasti akan berjumpa dengan pokok renek ini. Daun kecilnya menyerupai sirih, tumbuh meliar di celah-celah pasu, tepi longkang dan kawasan lembap seperti tepi sungai atau berhampira­n paya.

Datang daripada jenis tumbuhan tidak berkayu, Peperomia pellucida atau sirih cina bukanlah sembaranga­n pokok. Walaupun tumbuh menumpang sehingga menyebabka­n semak samun, sirih cina sebenarnya herba yang kaya dengan khasiat serta mempunyai nilai tinggi dalam perubatan.

Di sesetengah tempat, pokok ini dikenali sebagai sirih laut, sirih pasir, sirih air, sirih bunian dan ketumpang. Ia kerap dibuang begitu saja, terutama bagi mereka yang tidak mengenali khasiat sebenar herba istimewa ini.

Menariknya, secekak pokok sirih cina yang sudah dikeringka­n mempunyai nilai yang tidak dijangka. Jika di kedai ubat tradisiona­l Cina, pokok kering ini dijual pada harga RM10 untuk 100 gram.

Selain dijadikan ulam, sirih cina dikatakan sangat bagus untuk merawat masalah gout, dijadikan alternatif kepada ubat darah tinggi, merawat buasir, diabetes, meredakan batuk, melegakan selesema, merawat jangkitan pada pundi kencing, merawat kayap, dijadikan penawar sakit sendi dan perut serta meredakan cirit-birit.

Jus perahan tumbuhan renek ini pula mampu mengelakka­n jangkitan pada mata. Bagi kegunaan di waktu kecemasan, daun dan batang pokok ini boleh diramas bersama sedikit air dan disapu ke kepala untuk mengurangk­an suhu orang dewasa atau kanakkanak yang demam.

Bagaimanap­un, sirih cina sebenarnya paling popular dalam merawat masalah gout dan darah tinggi. Tumbuhan ini dikatakan mampu mengurangk­an paras asid urik dalam badan dan sesuai dijadikan ubat gout.

Lebih baik diambil pucuknya kerana rasanya lebih lemak berbanding daun matang. Pengambila­n pucuk sirih cina setiap hari juga dikatakan mampu membantu mengurangk­an sakit kepala dan mencegahny­a daripada berulang.

Berbanding mengutip tumbuhan ini yang tumbuh liar di laman, ada eloknya jika pokok sirih xina ditanam dalam pasu. Ia tidak memerlukan penjagaan rapi seperti pokok hiasan lain, malah boleh menambahka­n lagi keindahan landskap di hadapan rumah.

Paling utama, pokok yang ditanam sendiri lebih terjamin dari sudut kebersihan, bebas risiko keracunan dan mudah dipetik untuk dijadikan ulam setiap hari.

Selain dijadikan ulam dan dibuat jus, sirih cina juga sesuai dijadikan kerabu, dimasak lemak, dijeruk dan digoreng begitu saja. Jimat, enak dan berkhasiat bukan?

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia