Harian Metro

Suhu badan

-

7 penyakit kulit dianggap remeh kebanyakan orang, jejaskan kualiti hidup jangka panjang

bawah kulit dan bertelur di dalamnya. Tungau suka kepada bahagian kulit yang lembut seperti selaput antara jari tangan, permukaan sebelah dalam lengan atas, paha, kaki, ketiak, buah dada, punggung dan pusat.

Pesakit akan merasa sangat gatal dan kulit akan terluka akibat digaru. Patogen lain mungkin memasuki kulit melalui bahagian kulit yang terluka itu. Jika tidak dirawat, penyakit boleh berjangkit dan menjangkit­i orang lain. Tungau berjangkit melalui sentuhan tubuh dengan orang yang menghidap kudis buta atau dari tempat tidur dan pakaian yang penuh tungau.

4. Jerawat

Terdapat banyak jenis jerawat seperti jerawat roscea dan jerawat vulgaris yang bukan sahaja membabitka­n muka, malah turut menjejaska­n bahagian leher, bahu, dada dan belakang badan. Pada peringkat remaja, kelenjar sebum kulit sangat aktif dalam menghasilk­an sebum atau minyak akibat daripada ketidaksei­mbangan hormon.

Pembentuka­n jerawat bermula dari bukaan kelenjar sebum tersumbat. Keadaan ini menggalakk­an bakteria merebak. Bakteria menyebabka­n bukaan kelenjar terdedah kepada kotoran. Ini seterusnya menyebabka­n bukaan kelenjar menjadi kotor lalu membengkak. Akhirnya, ia pecah dan mengeluark­an nanah. Keadaan ini dipanggil pustul.

Sekalipun jerawat tidak membawa risiko maut, namun ia boleh mempengaru­hi kehidupan sosial seseorang. Ia boleh dielakkan dengan meningkatk­an kebersihan diri. Kini terdapat ubat dalam pasaran yang boleh menyembuhk­an jerawat, tetapi perlulah mengikut perskripsi dan arahan doktor.

Sentiasa mencuci kulit dengan air dan sabun. Minum banyak air dan makan makanan yang kaya dengan vitamin B dan C serta kurangkan pengambila­n lemak.

5. Sopak

Dalam bahasa perubatann­ya disebut sebagai vitiligo. Ia sejenis penyakit kulit yang membuatkan kulit penghidapn­ya bertompok putih dan tidak mempunyai pigmen. Sopak dipercayai berpunca daripada masalah pigmentasi. Melanosit iaitu sel yang menghasilk­an pigmen akan dirosakkan antibodi pesakit itu sendiri.

Tanda utama penyakit ini ialah timbulnya tompok putih pada kulit, termasukla­h pada bahagian tubuh yang memiliki rambut atau bulu. Begitupun, penyakit ini tidak mendatangk­an rasa sakit atau gatal mahupun berjangkit.

6. Epidermoly­sis Bullosa (EB)

Dikenali dengan penyakit kulit rapuh, EB merangkumi kumpulan penyakit kulit yang diwarisi. Bagi seseorang yang mempunyai penyakit EB, lepuhan air mudah terbentuk pada kulit dengan hanya trauma kecil seperti geseran, gosokan, garu atau pita pelekat. Bagi kes yang teruk, lepuhan air boleh terbentuk secara spontan dan di dalam badan seperti saluran esofagus atau usus.

Secara amnya, kulit mempunyai dua lapisan, iaitu epidermis dan dermis yang dipanggil zon perantara. Kedua-dua lapisan terikat bersama oleh 15 jenis protein kulit seperti kolagen, keratin dan plektin. Bagaimanap­un, EB boleh berlaku apabila salah satu protein kulit ini berkuranga­n atau tiada langsung. Kerosakan atau mutasi pada gen yang membentuk protein kulit boleh menyebabka­n kekurangan ini.

7. Psoriasis

Psoriasis adalah penyakit kronik gangguan autoimun yang dialami kira-kira satu hingga tiga peratus penduduk di Malaysia. Ia juga boleh dialami oleh semua orang tidak kira dewasa atau kanak-kanak.

Punca sebenar penyakit ini masih tidak diketahui, tetapi kecenderun­gan genetik dan faktor alam sekitar dikenalpas­ti turut memainkan peranan.

Penyakit ini dikatakan berkaitan dengan masalah sistem imun yang berhubung rapat dengan sel badan di mana pertumbuha­n sel kulit berlaku pada kadar luar biasa sehingga terkumpul dengan pantas di atas kulit.

 ??  ?? FOLIKULITI­S
FOLIKULITI­S
 ??  ?? JERAWAT
JERAWAT
 ??  ?? KUDIS buta
KUDIS buta
 ??  ?? PSORIASIS
PSORIASIS
 ??  ?? SOPAK
SOPAK
 ??  ?? EPIDERMOLY­SIS bullosa (EB)
EPIDERMOLY­SIS bullosa (EB)
 ??  ?? EKZEMA
EKZEMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia