Harian Metro

Tanggung bala Aliff Aziz

Ahli perniagaan terima mesej jelik selepas nombor telefon tular di media sosial

- Mazizul Dani mazizul@hmetro.com.my

Seorang ahli perniagaan dihujani lebih 7,000 pesanan di aplikasi WhatsApp, lebih 400 panggilan dan hampir 100 khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memaki hamun, menghina serta mengajak bergaduh gara-gara kontrovers­i melanda penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz.

Mohd Faris Mohd Ali, 30, berkata, dia tidak menyedari nombor telefonnya tersebar sehingga diberitahu tunangnya yang menghantar salinan status yang dimuat naik di akaun Twitter artis itu.

“Saya mula terima gangguan ini jam 5 pagi kelmarin dan tak tahu apa-apa sehingga tunang saya beritahu yang nombor saya disebarkan.

“Ada yang masukkan saya dalam kumpulan WhatsApp dan ada juga yang saya sudah jelaskan yang ini bukan nombor Aliff.

“Tetapi sehingga sekarang saya masih diganggu tanpa henti walaupun saya sudah kongsi di Facebook (FB) dan buat laporan polis,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Dalam salinan akaun Twitter itu, ‘Aliff Aziz’ memuat naik status berbunyi, ‘Jgn nak kecamsgt, sape tak puas hati kol aku 01111927***, bangsat Haters’.

Mohd Faris membuat laporan di Balai Polis Sepang kelmarin dan di Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada hari yang sama.

“Satu azab saya rasa sebab panggilan tak henti-henti sehingga menyukarka­n saya untuk menjalanka­n perniagaan.

“Nombor itu memang saya khaskan untuk urusan perniagaan sejak saya gunakan dua minggu lalu,” katanya yang berasal dari Taiping, Perak.

Gangguan tanpa henti diterimany­a tidak kira masa dan Mohd Faris mempertimb­angkan untuk menamatkan talian berkenaan sekiranya masih berterusan.

“Kepada anda di luar sana, tolonglah berhenti. Carilah Aliff Aziz yang sebenar. Bukan saya. Kepada tukang sebar, tolong jangan menyusahka­n orang lain.

“Sebab anda, saya yang terseksa. Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang kongsikan nombor telefon saya di media sosial,” katanya.

Mohd Faris berkata, dia tidak bermusuh dengan sesiapa dan tidak tahu sekiranya ada yang berdendam dengannya sehingga memuat naik nombor berkenaan.

Sementara itu, dalam sidang media khas semalam, Aliff berkata, dia tiada kena-mengena dengan penyebaran nombor telefon Mohd Faris.

“Saya mengaku itu akaun saya, tetapi akaun itu digodam oleh individu tidak bertanggun­gjawab. Saya tidak tahu mengenai Twit yang menyebarka­n nombor itu.

“Saya hanya sedar bila dah tular dan keluar di Twitter. Akaun itu digodam oleh orang lain dan lagipun saya sudah lama tidak aktif di Twitter.

“Kenapalah sampai nak sebarkan nombor telefon orang lain. Jadi kepada individu tidak bertanggun­gjawab itu, sila pulangkan akaun itu kepada saya,” katanya.

Terdahulu, Aliff yang ditahan Khamis lalu atas dakwaan mengasari isterinya, Bella Astillah dibebaskan dengan jaminan polis pagi Sabtu lalu.

 ??  ?? MOHD Faris menunjukka­n pesanan yang diterima akibat kontrovers­i melanda Aliff. Gambar kecil, antara SMS makian yang diterima.
MOHD Faris menunjukka­n pesanan yang diterima akibat kontrovers­i melanda Aliff. Gambar kecil, antara SMS makian yang diterima.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia