Harian Metro

Disko, pub syurga sundal ‘freelance’

-

sebuah pusat hiburan di Jalan P Ramlee di sini.

Jam di tangan menunjukka­n 10.30 malam, semakin ramai gadis montok dilihat baru tiba dan kebanyakan mereka menggunaka­n teksi untuk ke pusat hiburan berkenaan.

Mereka dipercayai warga asing China dan Vietnam dilihat berbual mesra dengan beberapa pemandu teksi yang sedia menunggu pelanggan mereka di hadapan pusat hiburan.

Berbekalka­n solekan yang menarik, beberapa pelacur ‘freelance’ atau lebih dikenali sebagai FL mula mendekati pengunjung lelaki dari Timur Tengah dan Eropah yang memenuhi pusat hiburan berkenaan.

Ada juga di antara wanita terbabit dilihat berbual sesama sendiri sambil mata memerhati kehadiran pelancong asing yang lalulalang di kawasan itu.

Seorang gadis memakai baju berwarna merah dan skirt paras paha dipercayai warga Vietnam dilihat mula menggoda pelancong kulit putih yang segak memakai kemeja T dan berseluar jeans biru.

Selepas beberapa minit berborak dan berkenalan, pelancong lelaki terbabit dilihat membawa bersama gadis gebu itu masuk ke pusat hiburan itu. Penulis percaya umpan ditawarkan pelacur warga asing itu mengena.

Selepas lebih sejam memerhati pergerakan mereka, pasangan terbabit dilihat keluar semula dari pusat hiburan itu sebelum menahan teksi berhampira­n.

Malah ada antara wanita terbabit dilihat dipimpin tangan memasuki kereta mewah sebelum berlalu pergi.

Terdapat beberapa pelacur yang lihat agak berusia kemungkina­n dalam lingkungan lewat 30-an masih berpeleser­an di hadapan pusat hiburan dan bahu jalan cuba menarik perhatian pengunjung lelaki.

Salah seorang pekerja kelab malam di kawasan itu yang ditemui berkata, kebanyakan pelacur warga asing yang berkeliara­n di kawasan itu mengenakan kadar harga yang tinggi selain lebih gemar menerima bayaran dalam matawang Dollar Amerika.

“Mereka ini berperwata­kan seperti pelancong asing yang datang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia