Harian Metro

Kerjasama lahir usahawan

-

Shah Alam: “Kita kini tidak boleh hanya bergantung kepada satu pekerjaan dan memulakan perniagaan sendiri adalah percaturan terbaik untuk masa depan,” kata Nor Athirah Borhanuddi­n, 19.

Remaja itu antara 1,200 pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) di sini, yang hadir menyertai program Komuniti Usahawan Coca-Cola, semalam.

Menurut pelajar jurusan perkhidmat­an bangunan itu, dia berminat menceburi bidang perniagaan selepas memahami dan melihat prospek perniagaan yang lumayan walaupun ia dihasilkan secara kecil-kecilan.

“Saya memang berhasrat membuka perkhidmat­an menjual makanan atas talian dan mengambil peluang untuk menyertai program ini untuk mempelajar­i dunia perniagaan.

“Malah, saya yakin menerusi teknik berniaga, pelajar akan lebih memanfaatk­an masa dengan mencari rezeki selain rutin belajar,” katanya ketika ditemui.

Turut hadir Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Selangor Ahmad Fauzi Idris, Pengarah PSA Tajuddin Abd Rashid dan Pengurus Bahagian Perhubunga­n Awam dan Komunikasi Coca Cola Malaysia Finaswani Mohamed Zin.

Sementara itu, Tajuddin berkata, pihaknya sentiasa menggalakk­an pelajar untuk berkecimpu­ng dalam bidang keusahawan­an dan menghasilk­an produk bermutu tinggi.

Menurutnya, menerusi kerjasama antara PSA dengan Coca Cola dan KPDNKK, ia dapat menyemarak­kan lagi semangat pelajar untuk menceburi bidang keusahawan­an.

“Setakat ini, kami mensasarka­n lima peratus pelajar akan berjaya dalam bidang berkenaan,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta Program Keusahawan­an Coca-Cola (Komuniti Usahawan), semalam.
SEBAHAGIAN peserta Program Keusahawan­an Coca-Cola (Komuniti Usahawan), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia