Harian Metro

LONJAKAN KEYAKINAN

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

 Pemain muda skuasy negara tekad pamer aksi terbaik pada aksi sulung di Sukan SEA

Kuala Lumpur

Kejayaan meraih pingat perak Kejohanan Remaja Berpasukan Dunia mampu membangkit semangat pemain skuasy negara Aifa Azman untuk memberikan aksi terbaik menjelang penampilan sulungnya di Sukan SEA yang membuka tirai 19 Ogos ini.

Menurutnya, walaupun tidak dapat membantu pasukan meraih emas selepas tumpas kepada Mesir dalam perlawanan akhir, setidak-tidaknya dia mampu mempelajar­i sesuatu terutama bersama pemain yang lebih senior seperti Andrea Lee dan Zoe Foo.

“Saya banyak bermain dengan pemain lebih senior dan di Sukan SEA nanti juga saya akan berganding­an bersama pemain senior (Rachel Arnold),” katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dari New Zealand kelmarin.

Aifa yang baru berusia 16 tahun, berjaya memperbaik­i pencapaian Malaysia pada kejohanan itu bersama Andrea dan Zoe serta pemenang pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) 2016, S Sivasangar­i apabila pada edisi terdahulu (2015) skuad negara terkandas di separuh akhir.

“Pingat perak yang saya raih di New Zealand akan memberikan saya satu semangat luar biasa untuk membantu negara mempertaha­nkan emas berpasukan wanita di Sukan SEA. Saya juga tidak sabar untuk berganding bersama Rachel dalam acara beregu wanita.

“Bagi saya persiapan berpasukan wanita semuanya berjalan lancar namun untuk beregu saya mempunyai tempoh tidak sampai sebulan mempersiap­kan diri bersama Rachel. Memang sedikit sukar kerana dia tidak berada di sini, tapi saya akan cuba yang terbaik,” katanya.

Rachel berada di Manchester bersama beberapa lagi pemain senior negara menyertai Kejohanan Beregu Dunia yang bermula hari ini hingga Sabtu.

“Ini penampilan pertama saya di Sukan SEA jadi beraksi di tempat sendiri mungkin memberikan sedikit kelebihan kerana kami sudah biasa bermain di sini,” ujarnya.

Aifa yang berasal dari

Kedah berjaya merangkul kejuaraan Terbuka

Remaja Britain pada

2013 (Bawah 13 Tahun) dan 2016 (B-15).

Acara skuasy menawarkan sembilan pingat emas di Sukan SEA dan akan diadakan di Pusat Skuasy Nasional dari 21 hingga 29 Ogos ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia