Harian Metro

Laluan cipta nama di as

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Penyanyi Hunny Madu berhasrat menetap di Amerika Syarikat (AS) jika keadaan memaksa dia berbuat demikian.

Ini kerana peluang untuk memasarkan muzik rap yang dibawanya agak sukar di sini.

Apatah lagi, untuk single terbaru berjudul Get Money dia berkolabor­asi dengan penyanyi dari negara Uncle Sam itu, Radio 3000.

“Untuk single ini saya perlu berulang-alik bagi melakukan promosi. Di sana pula, muzik rap mudah diterima dan ia memudahkan perjalanan lagu ini.

“Berbanding di sini, saya akui sukar menarik perhatian peminat apatah lagi genre rap kurang mendapat sambutan di pasaran,” katanya pada majlis pelancaran single berkenaan baru-baru ini.

Hunny berkata, kerjasama dengan

Radio 3000 secara tidak langsung membuka laluan kepadanya untuk mencipta nama di AS.

“Saya sedar sukar untuk orang kita mencipta nama di sana. Apabila peluang sudah ada depan mata, apa salahnya saya mencuba.

“Jika perlu saya akan menetap di sana bagi melancarka­n lagi perjalanan karier seni. Itupun kalau mampu untuk saya menampung keluarga selama di sana,” katanya.

Namun begitu,

Hunny mengakui sayang untuk meninggalk­an tanah air dan masih mempertimb­angkan perkara terbabit.

Bercakap mengenai

Hunny lancar single terbaru, Get Money

dengan kerjasama

penyanyi dari Amerika

Syarikat, Radio 3000 Saya akan terus berusaha dan

melakukan apa saja bagi memastikan muzik yang diperjuang­kan

diterima ramai

jiwanya yang begitu setia dengan muzik rap, Hunny berkata dia selesa dengan genre itu.

“Meskipun lagu kurang mendapat sambutan, itu bukan alasan untuk saya berputus asa.

“Saya akan terus berusaha dan melakukan apa sahaja bagi memastikan muzik yang diperjuang­kan diterima ramai,” katanya.

Berkongsi pandangann­ya terhadap segelintir masyarakat yang menganggap artis hidup mampu hidup merwah, Hunny berkata itu hanyalah luaran sahaja.

“Hakikatnya, masyarakat tidak tahu sebenarnya kami juga sama seperti mereka yang perlu keluar bekerja setiap hari.

“Malah untuk lagu

Get Money juga saya bukan hendak menunjuk kemewahan sebaliknya mahu masyarakat tahu bukan mudah untuk dapat duit.

“Bagi mendapatka­n sesuatu kita kena berusaha dan bekerja keras,” katanya.

 ??  ?? HUNNY bersama Radio 3000.
HUNNY bersama Radio 3000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia