Harian Metro

Selit situasi masa kini

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro. com.my

Sketsa Alamak kembali dengan musim baru

untuk saluran Astro Warna tidak lama lagi

Komedi sketsa Alamak bukan lagi asing apabila mendapat sambutan ramai selepas dua musim bersiaran di Astro pada 2010 dan 2012.

Komedi Alamak juga pernah tersenarai antara lima program tempatan meraih rating tertinggi di saluran Astro.

Antara sketsa

Alamak yang tular hingga ke luar negara adalah Duit Kecil dan Mee Basah.

Bagi mengubat rindu peminat, komedi Alamak kembali lagi dengan musim barunya untuk saluran Astro Warna tidak lama lagi.

Selaku produser, pengarah, penulis skrip dan pelakon, Zaid Zahari berkata, Alamak menampilka­n konsep unik apabila lawak sketsanya antara satu hingga tiga minit saja.

“Lawaknya agak bijak, pendek, tidak menggunaka­n banyak dialog dan mempunyai ‘punchline’ yang baik. Ia juga ringkas, natural, santai dan bersahaja.

“Komedi Alamak masih mendapat sambutan ramai sehingga hari ini termasuk daripada penonton bukan Melayu.

“Ia juga ditonton 54 negara termasuk Amerika, Eropah, Asia dan Afrika menerusi video, Facebook dan laman YouTube.

“Lawaknya ringkas dan boleh difahami penonton luar,” katanya.

Zaid berkata, pihaknya merancang menerbitka­n musim ketiga Alamak kerana percaya ia masih relevan berdasarka­n sokongan peminat.

“Pihak kami akan menyelitka­n perkembang­an situasi masa kini dalam sketsa musim baru ini. Ia juga segmen sketsa animasi yang pertama di Malaysia.

“Selain itu, untuk menarik perhatian peminat baru kami akan memaparkan segmen Alamak musim 1 dan 2 di online serta media sosial.

“Konsep video lawak pendek di laman WhatsApp dan Facebook memang sudah biasa di sini sekarang.

“Oleh itu, lawak Alamak lebih sesuai ditayangka­n sekarang berbanding beberapa tahun lalu,” katanya.

Projek filem Alamak

Bukan saja tampil dengan musim baru,

Zaid berkata, pihaknya juga merancang menghasilk­an Alamak dalam bentuk filem.

“Skrip untuk filem Alamak sudah siap. Saya banyak merujuk filem antarabang­sa yang karya komedi pun ada jalan cerita, mesej dan moral tersendiri .

“Itulah sebabnya filem komedi Hollywood ada isi dan bukan sekadar lawak kosong,” katanya.

Bekas jurutera mekanikal di Sime

Darby dan graduan

Leeds University ini juga membuka peluang kepada pihak yang berminat untuk melabur dalam produksi filem itu nanti.

“Filem komedi aksi ini sarat dengan elemen lawak natural, aksi dan lagak ngeri yang berbeza.

“Mereka yang berminat boleh melabur sebanyak mana mereka mampu dan akan mendapat peratusan keuntungan mengikut pelaburan.

“Ini adalah konsep ‘crowdfundi­ng’ atau ‘kickstarte­r’.

“Mereka yang berminat untuk berkerjasa­ma boleh menghubung­i saya di Instagram @zaid_ alamaak dan Facebook: Zaid Alamaak,” katanya.

Perkembang­an lain, Zaid juga ingin kembali aktif berlakon dan mengarah kerana cabang seni itu sudah sebati dengan dirinya sejak dulu.

“Sebelum ini, ada produksi takut mengundang saya berlakon kerana berasakan akan meletakkan harga tinggi. Hakikatnya bukan begitu.

“Terbaru, saya baru selesai penggambar­an drama komedi 13 episod Taman Diva,” katanya.

Sepanjang terbabit dalam bidang lakonan, Zaid pernah menjayakan lebih 200 drama dan filem termasuk Hantu Kapcai, Hantu Air, Spa Q, Kasut Tumit Tinggi, Cinta Jannah dan Sitcom Cakap Melayulah.

 ?? FOTO: ?? ANTARA aksi menarik Zaid dalam Alamak
musim baru.
FOTO: ANTARA aksi menarik Zaid dalam Alamak musim baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia