Harian Metro

Tak tunjuk komitmen, susahkan orang lain

-

Kredibilit­i seseorang artis sangat mudah untuk dinilai hanya dengan melihat pada komitmenny­a.

Sama ada yang suka menyusahka­n atau tidak, dari situ pun sudah tahu bagaimana agaknya tahap profesiona­lisme artis berkenaan.

Seperti juga seorang artis wanita yang masih tercari-cari tapak kukuh dalam industri. Kalau SS tengok kemampuann­ya, dia boleh pergi jauh jika benar-benar komited.

Tapi nampaknya, masih banyak yang perlu dipertingk­atkan artis itu apabila bercakap mengenai komitmen.

Bukan apa, menurut sumber terdekat SS, punyalah gigih dia berhasrat membantu menaikkan nama artis itu. Bahkan, pernah berjumpa dan berborak dengannya, dia harap artis itu boleh mencipta nama kukuh.

Bagaimanap­un, tidak semudah itu berurusan dengan artis terbabit. Punyalah susah untuk mendapat jawapannya setiap kali dihubungi.

Terbaru, dia juga buat hal apabila selepas memberikan jawapan, itu pun selepas terlalu lama menunggu, akhirnya sampai ke sudah tidak memberi kata putus.

Khabarnya, seorang penganjur memintanya menjalani penggambar­an dan daripada awal lagi meminta tarikh yang jadualnya kosong.

Alih-alih, artis itu rupa-rupanya sudah mengikat kerjasama dengan penganjur lain. Khabarnya, penganjur yang beria-ia dari awal itu sangat terkilan dan tidak sangka pelakon itu jenis menyusahka­n.

SS: Kalau tahu diri tidak mampu bersikap profesiona­l, baik cari kerja lain.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia