Harian Metro

Pelaksanaa­n berkonsep kebun komuniti

-

17,000 peserta membabitka­n 480 lokasi disasarkan dalam PPB tahun ini

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sejak PPB dilaksanak­an Jabatan Pertanian (DOA), pada September 2014 hingga 2016, sebanyak 2,715 lokasi projek dilaksanak­an.

“Ia membabitka­n 63,129 peserta di seluruh negara dengan peruntukan RM10 juta. Bagi tahun ini, seramai 17,000 peserta membabitka­n 480 lokasi akan disasarkan dalam PPB.

“Program ini juga berperanan dalam menggalakk­an interaksi sosial penjawat awam dan penduduk tempatan dalam menghasilk­an bahan makanan sendiri yang lebih terjamin kualiti serta keselamata­n makanan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran PPB peringkat Lembah Klang di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Nirwana, Ampang, Selangor, baru-baru ini.

Majlis pelancaran disempurna­kan Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar. Hadir sama,

Ketua Pengarah

Pertanian Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek dan Ketua Pengarah Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Datuk Dr Sharif Haron.

Sementara itu, Noh berkata, program ini berperanan sebagai salah satu strategi untuk menggalakk­an interaksi sosial antara penduduk tempatan.

“Selain itu, ia dapat membantu meningkatk­an motivasi diri penduduk terbabit dengan kemampuan untuk menghasilk­an produk makanan sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual dengan menjamin kualiti dan keselamata­n makanan.

“Pertanian bandar turut menyediaka­n ruang rekreasi dan peluang pendidikan pertanian kepada pelajar supaya mereka mempunyai asas pertanian.

Oleh itu, kementeria­n melalui Jabatan

Landskap Negara (JLN) tidak ketinggala­n menggalakk­an masyarakat bandar melaksanak­an pertanian bandar,” katanya.

Menurutnya, pelaksanaa­n adalah berkonsepk­an kebun komuniti di kawasan lapang dan kawasan hijau seperti taman kejiranan dan taman awam melalui pertubuhan atau gerakan Rakan Taman (RT).

“Hingga kini, terdapat lebih daripada 250 RT di seluruh negara dan sejumlah 58 RT melaksanak­an

 ??  ?? PENDUDUK mendaftar PPB.
PENDUDUK mendaftar PPB.
 ??  ?? ORANG ramai yang hadir melawat kebun komuniti PPB.
ORANG ramai yang hadir melawat kebun komuniti PPB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia