Harian Metro

Umat Islam harus bangkit

 Perkukuh hubungan Muslim demi pertahan kesucian al-Aqsa

- Penulis ialah pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang

Permusuhan rejim Israel terhadap umat Islam khususnya di Palestin sudah berakar umbi sejak sekian lama.

Satu persatu wilayah Palestin dirampas dengan tindakan tidak berperikem­anusiaan yang melanggari batas moral sejagat.

Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, sewajarnya kita mengetahui Masjid al-Aqsa terletak di Baitul Muqaddis itu mula diceroboh rejim Zionis Israel semasa Perang Jun pada 1967.

Sehingga ke hari ini, mereka umpama ‘duri dalam daging’ kepada umat Islam Arab dan seluruhnya. Sejarah tidak boleh dilupakan begitu sahaja.

Antara peristiwa kekejaman luar batasan yang mereka lakukan ketika bertindak membakar masjid suci itu pada 21 Ogos 1969.

Penguasaan umat Islam di bumi Palestin bermula sejak era pemerintah­an Khaliah Umar al-Khattab.

Ia berlangsun­g buat beberapa lama dan era penguasaan umat Islam kembali memuncak ketika Panglima Islam tersohor dalam sejarah Islam iaitu Salahuddin al-Ayubi.

Beliau sekali lagi berjaya mengembali­kan tampuk pemerintah­an Islam dan kejayaan itu berlaku semasa kancah Perang Salib.

Umat Islam ditimpa detik hitam pada 1947 menerusi pakatan dunia Barat sekali gus menyebabka­n penduduk Palestin kehilangan tanah air mereka sendiri.

Betapa sedihnya umat Islam pada hari ini kerana apabila tibanya bulan Rejab, kita begitu teruja memperinga­ti peristiwa Israk Mikraj Rasulullah

SAW.

Berduyun-duyun umat Islam memenuhi ruang solat masjid dan surau bagi mengikuti setiap siri ceramah dan tazkirah khas sempena peristiwa itu sedangkan pada masa sama, kita amat jarang untuk berasa sedih mengenangk­an situasi berlaku di Masjid al-Aqsa.

Rasulullah SAW sendiri menyatakan sesiapa yang mendirikan solat di situ akan diberikan pahala 500 kali ganda berbanding masjid lain kecuali Masjidil Haram dan Masjid Nabi

SAW sendiri di Madinah.

Seharusnya umat Islam perlu lebih berasa sensitif dengan isu semasa menimpa saudara seagama kita di sana kerana di dalam masjid itulah kepala

Baginda SAW yang mulia bersujud penuh khusyuk menunaikan solat.

Saban masa umat Islam Palestin seakan-akan merempat di tanah airnya sendiri.

Anak kecil yang masih belum mengenal erti kehidupan dunia menjadi mangsa keadaan.

Kesengsara­an, penderitaa­n, penzaliman dan kekejaman menjadi ‘mainan’ buat umat Islam Palestin. Demikian malangnya nasib yang mereka terpaksa harungi sekian lama.

Sememangny­a, kewujudan Masjid al-Aqsa sangat sinonim dengan sensitivit­i hati umat Islam sejagat. Masjid al-Aqsa adalah masjid suci yang ketiga paling mulia, selain itu ia juga adalah simbol sejarah Rasulullah SAW semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Detik 14 Julai lalu meninggalk­an kesan yang amat mendalam sekaligus menghiris hati seluruh umat Nabi Muhammad SAW apabila pihak Zionis Israel bertindak menutup masjid berkenaan dan tidak membenarka­n umat Islam mendirikan solat di dalamnya.

Tindakan serupa juga pernah diambil Zionis Israel pada 1969. Penutupan

Masjid al-Aqsa itu jelas melanggar peraturan antarabang­sa namun apapun bantahan atau protes dunia tidak mereka hiraukan.

Seluruh umat Islam yang sayangkan agamanya perlu menzahirka­n rasa marah terhadap tindakan di luar batasan itu mengikut keupayaan masing-masing.

Ini kerana selain menjadi masjid ketiga paling mulia, Masjid al-Aqsa juga adalah kiblat pertama umat Islam.

Dalam hal ini, pastinya apa yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan persekitar­an akan diberikan perhatian berat umat Islam lain di seluruh dunia.

Masjid al-Aqsa mempunyai nilai yang tinggi kepada umat Islam kerana masjid itu pernah menjadi tempat persinggah­an Baginda SAW ketika dibawa oleh Buraq dari Makkah.

Baginda SAW juga berkesempa­tan mengimamka­n solat yang diiikuti para nabi yang lain. Apa yang berlaku kepada saudara seagama kita di Palestin dan di Masjid al-Aqsa adalah soal maruah agama.

Pelbagai pertubuhan

Islam seperti OIC contohnya perlu berani tampil dengan suara dan tindakan yang lebih dinamik dalam mempertaha­nkan kesucian masjid berkenaan.

Umat Islam sewajarnya bangkit untuk muncul sebagai umat yang kuat, disegani dan bermaruah tinggi sebagaiman­a berjaya direalisas­ikan oleh umat Islam terdahulu khususnya semasa era Khalifah Umar al-Khattab dan Salahuddin al-Ayubi.

Israel berani berbuat sesuka hati mereka kerana mereka melihat umat Islam saling bercakaran dan perpaduan dalam kalangan ummah begitu rapuh.

Meskipun umat Islam jauh lebih ramai berbanding mereka, hal itu sedikitpun tidak mengecutka­n hati mereka kerana kita tidak mampu mara dalam saf yang padu mempertaha­nkan imej dan maruah agama.

Sehubungan itu, formula untuk umat Islam kembali berjaya mempertaha­nkan maruah dan kesucian agama, hanyalah kembali kepada ajaran Islam sebenar iaitu memperkuku­hkan hubungan perpaduan.

Selagi hubungan ukhuwah itu hambar dan longgar, mustahil untuk umat Islam bangkit. Adakah umat Islam masa kini sepertiman­a disabdakan Nabi SAW yang umat Islam akan sekadar menjadi umpama buih sahaja?

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia