Harian Metro

15 minit sudah cukup

-

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Hanyalah yang memakmurka­n masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut selain kepada Allah. Maka merekalah orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah At-Taubah, ayat 18)

Satu daripada hikmah diadakan solat Jumaat adalah untuk memberi ruang kepada ahli masyarakat berinterak­si sekali dalam seminggu.

Islam amat menitikber­atkan soal kejiranan dan kemasyarak­atan terhadap umatnya.

Dalam mesyuarat kejiranan, pengerusi memberi pengumuman kepada ahli kejiranan. Perkara sama juga berlaku dalam khutbah Jumaat, khatib akan memberi kefahaman dalam sesuatu isu kepada ahli komuniti.

Perbezaann­ya adalah khutbah Jumaat lebih tersusun dengan rukun dan adab tertentu. Namun hanya segelintir kecil yang hadir mesyuarat kejiranan kerana tidak ada desakan.

Sebaliknya untuk solat Jumaat, hampir semua lelaki yang menjadi ketua keluarga hadir kerana ia adalah satu kewajipan.

Untuk solat fardu lima waktu untuk memenuhkan dua saf pun sesuatu yang sukar. Berbeza dengan solat Jumaat, puluhan saf dapat dipenuhkan dengan mudah.

Ramai orang tidak malu jika mereka masih melepak ketika azan dilaungkan, tetapi mereka berasa malu apabila azan untuk solat Jumaat dilaungkan.

Seorang Muslim yang baik bukan sahaja dinilai daripada hebat amal ibadatnya semata-mata namun dinilai juga dari sudut hubungan sesama manusia.

Bayangkan seorang imam masjid yang sentiasa mengimamka­n solat, banyak berpuasa sunat dan hebat dalam menyampaik­an khutbah dan ceramahnya, tetapi pada masa sama dia kerap bergaduh dengan jemaah serta jirannya.

Adakah dia individu itu sesuai dijadikan contoh dan dihormati? Keindahan Islam bukan terletak pada ibadat

 Raih nikmat menunaikan solat secara berjemaah di rumah Allah

zahir semata-mata, tetapi roh ibadat itu perlu diterjemah dalam kehidupan seharian.

Contohnya, disunatkan mandi pada hari Jumaat supaya jemaah yang bersolat di sebelah berasa selesa.

Bayangkan seorang yang baru pulang dari melakukan kerja berat dan berpeluh-peluh terus menghadiri solat Jumaat, pasti bau badan orang itu akan mengganggu makmum di sebelahnya.

Dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Barangsiap­a yang memakan sayuran seperti ini (bawang ) maka janganlah dia mendekati masjid-masjid kami sampai baunya hilang.” (Hadis riwayat Muslim)

Pengajaran daripada sunah itu adalah kita perlu menjaga persekitar­an kediaman daripada sesuatu yang menyusahka­n jiran.

Jangan biarkan rumput yang berada di tepi rumah bertukar menjadi semak-samun. Ada kemungkina­n binatang berbisa seperti ular membuat sarang yang akhirnya mendatangk­an mudarat.

Malang dalam masyarakat hari ini kerana kurang orang yang menghadirk­an diri untuk solat berjemaah.

Mereka memberi alasan sibuk dan berasa kepenatan selepas pulang dari tempat kerja.

Ada sebahagian pula masih melepak di kedai kopi walaupun azan sudah dilaungkan serta masih ‘melekat’ di depan televisyen.

Secara puratanya, seseorang hanya perlu menghabisk­an lebih kurang 15 minit untuk solat berjemaah di masjid.

Jumlah keseluruha­n sehari pula lebih kurang satu jam. Allah SWT memberi kita 24 jam sehari, adakah kita tidak boleh meluangkan satu jam sehari untuk kembali kepada Allah SWT.

Sepanjang pengalaman penulis menjadi imam masjid, salah satu perangai ahli masyarakat adalah mereka hanya datang ke masjid apabila ada keperluan.

Apabila ada kenduri arwah di rumah, baru mereka datang ke masjid untuk menjemput jemaah.

Manakala sikap jemaah masjid pula mereka berusaha datang jika jemputan datang daripada golongan yang selalu hadir ke masjid.

Sebaliknya, mereka akan buat endah tak endah apabila jemputan datang daripada orang yang tidak pernah muncul di masjid.

Akhirnya hidangan yang disediakan untuk jemaah dibazirkan kerana tidak ramai jemaah hadir.

Usah cepat menyalahka­n orang yang tidak hadir ke majlis kita, tetapi cerminlah sikap kita sendiri.

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tempat yang paling Allah cintai adalah masjid-masjidnya, dan tempat yang paling Allah benci adalah pasar-pasarnya.” (Riwayat Muslim)

Penulis ialah Perunding Psikologi Bahasa

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia