Harian Metro

Tidak teratur

- Mohd Husni Mohd Noor dan Siti A’isyah Sukaimi am@hmetro.com.my

 LKAN dedah pembaziran bina surau sekolah

Kementeria­n Pendidikan mengakui wujud proses pelupusan aset tidak teratur selain kurang koordinasi antara pihak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah dan pegawai pendidikan daerah berhubung pembinaan surau di sekolah berkenaan.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan Datuk Seri Alias Ahmad berkata, beliau melihat berlaku kekurangan koordinasi antara pejabat sekolah kerana mereka mendapat maklumat daripada pegawai pendidikan daerah supaya surau baru segera dibina manakala surau lama pula dirobohkan.

“Jadi, saya nampak ada proses pelupusan aset tidak teratur di situ dan teguran dibuat,” katanya pada Sesi Bersama Media Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2016 Siri 1, di sini, semalam.

LKAN yang dibentangk­an Isnin lalu mendedahka­n berlaku pembaziran berhubung pembinaan surau itu kerana struktur surau lama dirobohkan biarpun sudah melalui proses ubah suai dengan kos RM135,735 menerusi peruntukan Kementeria­n Pendidikan.

Bagaimanap­un, ia (surau) dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan surau baru bernilai RM469,960 yang dibina menerusi peruntukan khas Perdana Menteri, Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Berikutan itu, teguran dibuat kepada sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Dalam pada itu, Alias berkata, surau itu dibina pada awal 1990-an dengan binaan kayu sepenuhnya dan hanya digunakan oleh warga sekolah beragama Islam serta komuniti Islam sekitar selain surau untuk solat Jumaat.

“Pada 2014, sekolah memohon peruntukan daripada Kementeria­n Pendidikan untuk menambah baik surau ini kerana keadaannya daif dan peruntukan diluluskan RM135,735.

“Pada 2015, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memohon kepada ICU JPM bagi peruntukan pembinaan surau baru dan pada 10 Mac tahun lalu, peruntukan diluluskan RM500,000,” katanya.

Menurutnya, dari segi penggunaan, pihaknya tidak melihat ia pembaziran dan surau baru itu mampu bertahan antara 20 hingga 30 tahun akan datang manakala, penambahba­ikan yang dibuat sebelum ini tidak bertahan lama.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri Datuk Sri Alwi Ibrahim berkata, kementeria­nnya mencadangk­an tender terbuka dibuat pada masa akan datang sekiranya banyak isu berbangkit berkait kontrak syarikat feri bagi penghantar­an warga asing.

“Bagi pembelian kontrak ini, ia mengikut peraturan termasuk merujuk dengan Kementeria­n Kewangan jadi tidak timbul perkara yang dikatakan tidak betul atau sebagainya kerana kita mengikut prosedur pelantikan dan sambungan.

“Apa disebut dalam kontrak jika syarikat tidak akur atau ikuti, kita akan mengenakan tindakan tertentu seperti dinyatakan dalam kontrak.

“Misalnya jika tidak menyediaka­n kemudahan makanan seperti di dalam kontrak, kita akan mengenakan tuntutan balik terhadap apa yang sepatutnya diberikan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI),” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan audit itu sebuah syarikat feri diserahkan untuk penghantar­an warga asing oleh Jabatan Imigresen selama 10 tahun dan kontrak dilanjutka­n empat kali.

Pada sesi itu, Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah menjelaska­n LKAN 2016 Siri 1 mengesyork­an Jabatan Kerja Raya (JKR) menyegerak­an pelantikan kontraktor baru bagi meneruskan Pakej 2 projek pembinaan Hospital Bera, Pahang yang kini tertangguh.

Beliau berkata, semua tender projek kerajaan tertakluk kepada semakan dan kelulusan Jawatankua­sa Perolehan Kerajaan di bawah Kementeria­n Kewangan sebelum dianugerah­kan kepada pihak yang berkenaan.

Menurutnya, semakan jawatankua­sa itu tertakluk kepada semua tender sama ada terbuka, rundingan terus atau terhad.

“Jawatankua­sa itu membuat keputusan berdasarka­n Prosedur Operasi Standard mengikut keupayaan teknikal dan komersial syarikat atau kontraktor.

“Tidak timbul isu siapa yang tanda tangan (untuk meluluskan),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia