Harian Metro

Pencetak pelbagai fungsi

- Wan Nur Ameera Meor Rozman bisnes@hmetro.com.my

Toshiba TEC Malaysia (Toshiba Malaysia) memperkena­lkan pencetak pelbagai fungsi hibrid pertama (MFP) di dunia yang berupaya mencetak cetakan hitam seperti biasa dan menghapusk­an cetakan biru menerusi satu peranti tunggal.

Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Paul Ting berkata, direka menggunaka­n platform E-BRIDGE Toshiba TEC, siri inovatif terbabit dilengkapi dengan ciri-ciri terkini untuk melancarka­n lagi proses percetakan dokumen.

“Syarikat perniagaan sering mencetak dokumen sementara seperti emel, draf notis sementara, minit mesyuarat, memo, senarai pilih logistik dan bahan percetakan ujian.

“Justeru, Toshiba Hybrid MFP dapat menawarkan pengguna dengan fleksibili­ti untuk memilih dua jenis toner dalam satu peranti di mana toner biru boleh dipadamkan sama ada melalui pencetak itu sendiri mahupun menerusi pilihan pemadam kertas pilihan, E-STUDIO RD301,” katanya pada majlis pelancaran Toshiba Hybrid MFP, semalam.

Bagi memudahkan aliran tugasan, pengguna boleh memilih untuk menentukan toner warna secara automatik sama ada untuk dokumen sementara atau pencetakan dokumen kekal.

Memandangk­an menjadi pencetak hibrid pertama dunia, Toshiba Hybrid MFP bukan

Toshiba Malaysia perkenal dua model

saja dicipta dengan ciri untuk menjimatka­n kos, malah membenarka­n pengguna untuk mengitar semua kertas sedia ada.

Dilengkapi dengan Laporan Kitar Semula Kertas e-BRIDGE, ia juga mampu menghasilk­an ringkasan bagi menunjukka­n penguranga­n kertas, selain purata penggunaan kertas sebagai satu langkah untuk menyelamat­kan alam sekitar.

Pencetak eko yang hadir dalam dua model berbeza iaitu E-STUDIO3508­LP dan E-STUDIO4508­LP berkenaan akan mula dijual di pasaran Malaysia bermula Ogos ini pada harga tidak melebihi RM70,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia