Harian Metro

Enggan komen isu peletakan jawatan

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Di sebalik kejayaan skuad hoki negara layak secara merit ke Kejohanan Dunia, Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) terpalit dengan isu peletakan jawatan secara drastik Naib Presiden serta Pengerusi Kejurulati­han MHC Datuk Ow Soon Koi.

Isu itu semakin panas apabila Presiden MHC Datuk Seri Subahan Kamal mengelak untuk memberi jawapan balas kepada media berhubung isu dibangkitk­an Soon Koi.

Subahan yang ditemui ketika Majlis Penajaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 di ibu pejabat TNB di sini semalam, enggan ditemubual biarkan didesak beberapa kali.

“Maaf saya nak selesaikan perkara lain,” katanya.

Kelmarin Soon Koi mendedahka­n alasan mengapa beliau meletakkan jawatan dalam MHC secara drastik.

Soon Koi memberi penjelasan bahawa ada tiga perkara utama yang menjadi punca kepada keputusann­ya itu.

Pertama pendirian tidak tetap Pengarah Teknikal Terry Walsh mengenai kelemahan skuad negara dalam menyempurn­akan pukulan sudut penalti terutama di Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Dhaka, Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh.

Kedua, beliau mempersoal­kan tahap kesihatan Joel van Huizen, anak kepada ketua jurulatih skuad senior Stephen Van Huizen yang rebah dua kali pada suku akhir Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia ketika bertemu Sri Lanka serta di separuh akhir menentang Mesir, tapi masih disenaraik­an dalam skuad negara.

Ketiga apabila beliau kecewa dengan pelantikan Paul Lissek sebagai perunding kepada pasukan hoki dewan negara untuk persiapan ke Sukan SEA.

Malah paling mengecewak­annya Lissek dibayar enam kali ganda lebih banyak berbanding sepatutnya.

Tugas yang dikosongka­n Soon Koi kini diisi bekas pemain negara Soon Mustafa, berkuat kuasa minggu lalu.

 ??  ?? SOON KOI
SOON KOI
 ??  ?? SUBAHAN
SUBAHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia