Harian Metro

MESEJ CINTA 2 SAHABAT

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Keamanan dan keharmonia­n yang dikecapi rakyat negara ini seharusnya disyukuri dan usaha ke arah mengekalka­nnya wajar dilaksanak­an semua pihak.

Ini kerana persefaham­an antara kaum yang wujud sejak sekian lama membolehka­n masyarakat berbilang bangsa duduk semeja tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain.

Bagaimanap­un, kewujudan anasir negatif yang menggugat perpaduan dengan provokasi perkauman dibimbangi terus menular dalam kalangan belia hingga satu tahap tiada lagi suasana keharmonia­n hidup berbilang bangsa seperti dikecapi sejak kemerdekaa­n negara.

Dua sahabat baik, Collin Swee dan Syed Sadiq Albar berasakan pentingnya galakan dan usaha berterusan untuk menjadikan Malaysia negara yang harmoni tanpa ada persengket­aan antara kaum.

Usaha murni mereka melalui Projek57, iaitu perusahaan sosial yang memulakan langkah memupuk dan memperting­katkan kesedaran mengenai kepentinga­n mempunyai semangat perpaduan yang jitu dalam kalangan rakyat Malaysia melalui acara berbasikal ke seluruh negara, Projek 57 Unity Ride.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia