Kongsi gelap terdesak serang IPD Kuala Muda
kaitan dengan kes ini amat dipuji. Namun, sehingga kini difahamkan mereka didakwa di mahkamah.
Isu kongsi gelap khususnya dalam konteks di Sungai Petani ini perlu diperhalusi sebaiknya dalam mencari penyelesaian terbaik punca ia berkembang bagi mengelak timbul persepsi kononnya polis hanya menyasarkan kaum tertentu saja dalam membanteras kongsi gelap.
Dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana rekod Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 2013 menunjukkan pelbagai kaum di negara ini terbabit kongsi gelap termasuk di Sabah dan Sarawak.
Ketua Setiausaha KDN ketika itu, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mengumumkan nama 49 kongsi gelap dengan keanggotaan 40,313 ahli dan aktif beroperasi di seluruh negara, bertepatan pelancaran Ops Cantas pada 23 Ogos 2013.
Antara lain, dinyatakan Geng 007, Tiga Line dan Geng 30 majoritinya dianggotai kaum Melayu, manakala kaum India dan Cina di Semenanjung pula menganggotai puluhan kumpulan lain termasuk Geng 04, Geng 21, Geng 24, Geng 24, Geng 18, Geng 36, Geng 21 dan Ang Soon Thong.
Kumpulan di Sabah pula antara yang terkenal termasuk Atap, Hung Ann, Sui Yuk, Wah Kee, Otai dan Borneo Red EMP manakala, di Sarawak ada 16 pertubuhan antaranya Ah Ngau, Batu Tiga, Ah Feng, Batu 10, Pintu Merah dan Krokop.
Hakikatnya semula kumpulan ini berada di bawah radar pihak berkuasa dan turut diambil tindakan melalui Ops Cantas, jadi tidak timbul kononnya polis rasis, sebaliknya hanya persepsi.
Sebelum serangan ke atas IPD Kuala Muda itu, kita juga dikejutkan apabila sekumpulan remaja dan pelajar meraikan penubuhan kongsi gelap Geng 35 secara terbuka di daerah ini sambil memotong kek. Soalnya, mengapa mereka begitu berani?
Tidak dapat tidak kerjasama sama semua pihak penting bagi menangani isu ini dan bukan saja pihak polis, malah pihak sekolah dan ibu bapa perlu memain peranan.
Di pihak ibu bapa pemantauan aktiviti anak-anak adalah wajib supaya tindakan segera dapat dilakukan jika mereka terbabit dengan kumpulan kongsi gelap atau gansterisme.
Pihak sekolah pula seperti ditegaskan Menteri Pendidikan,
Datuk Seri Mahdzir Khalid, perlu terus melaporkan kepada pihak polis jika mengesan kegiatan itu tanpa takut ancaman kongsi gelap atau imej sekolah terjejas.
Melalui aduan, pihak berkuasa dapat bertindak menghapuskan ‘benih’ kongsi gelap ini daripada berkembang dalam kalangan pelajar.
Kes ini walaupun terpencil perlu ditangani sebaiknya supaya tidak berulang sekali gus mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PDRM dalam mengawal keselamatan dan keamanan negara.