SITUASI KERJA ‘MEMBUNUH’
Lalui tugasan dengan tenang untuk kehidupan lebih baik
500 BAKTERIA DI PEJABAT
Kajian daripada National Sciene Foundation, Amerika Syarikat mendapati 26 peratus penduduk negara itu tetap ke tempat kerja walaupun sakit.
Manakala, 34 peratus pula hanya menunggu rasa kritikal sebelum berehat di rumah.
Tahukah kamu terdapat lebih
500 jenis bakteria di pejabat? Hal ini dijelaskan The Environmental Protection Agency (EPA) yang mengingatkan mengenai ‘Sick Building Syndrome’ apabila situasi pekerja mengadu mengalami simptom sakit yang sama seperti sakit kepala, tekak, rasa lesu dan tak bermaya.
BERTAMBAH GEMUK
Menurut kajian kesihatan di Australia, seharian duduk berjamjam di kerusi memberi kesan negatif pada fungsi metabolisme.
Ini bererti kurang kalori yang dibakar ketika duduk sehingga membawa kenaikan berat badan.
Selain itu, masalah lain seperti penyakit kencing manis dan jantung juga dikesan.
Jangan terkejut, risiko kematian juga meningkat contohnya wanita yang duduk lebih enam jam sehari keberangkalian mati awal adalah 40 peratus lebih tinggi berbanding orang yang duduk kurang tiga jam sehari.
MATA ROSAK
Seharian menghadap komputer cukup meletihkan yang dinamakan sindrom penglihatan komputer.
Situasi ini menggambarkan masalah berkaitan penglihatan disebabkan penggunaan komputer yanglama.
Bukan saja kabur, kamu juga akan terasa kering di bahagian mata, pening dan sakit di bahagian bahu. Walaupun ia sementara, cuba beralih pandangan sekurangkurangnya satu jam sekali dari komputer.
TEKANAN
Ini biasa kita dengar. American Psychological Association (APA) menjelaskan ramai tertekan di tempat kerja dan mengalami simptom fizikal seperti sakit di bahagian kepala, keletihan, lesu serta loya malah boleh terpengaruh dengan tindak balas berkaitan emosi seperti baran.
Separuh daripada pekerja yang dikaji selidik mendakwa pada mulanya mereka rasa tertekan kemudian ia memberi kesan negatif pula pada kerja seharian mereka.
Meskipun banyak cabaran di tempat kerja, cuba lalui dengan tenang dan senyum. Jangan lupa rehat secukupnya.