Harian Metro

HUTANG RM300,000?

 Shaheizy Sam dakwa tidak diberi notis amaran  LHDN dakwa pelakon tak beri maklum balas

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Georgie Joseph am@hmetro.com.my

> Pelakon Shaheizy Sam dikenakan notis muflis oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor gara-gara gagal menjelaska­n tunggakan bayaran cukai pendapatan berjumlah RM300,000. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memperoleh perintah mahkamah berkenaan pada 26 Mei lalu, selepas pemegang watak utama filem aksi Polis Evo itu didakwa mengabaika­n beberapa pucuk surat tuntutan cukai, lapor Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Georgie Joseph

Gagal melunaskan tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM300,000 menjadi sebab utama pelakon popular Shaheizy Sam dikenakan notis muflis oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor bertarikh 26 Mei lalu.

Sumber berkata, jumlah tunggakan itu gagal dijelaskan pelakon utama filem Polis Evo itu biarpun beberapa surat dan notis diberikan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurutnya, pegawai LHDN cawangan Wangsa Maju juga mengeluark­an beberapa surat tuntutan cukai kepada Shaheizy Sam atau nama penuhnya Shaheizy Sam Abd Samad.

“Bagaimanap­un, tiada maklum balas positif diterima termasuk arahan untuk hadir ke mahkamah,” kata sumber itu kepada Harian Metro, semalam.

Menurutnya, kegagalan mendapatka­n jawapan dan maklum balas daripada Shaheizy Sam menyebabka­n LHDN mengeluark­an iklan di sebuah akhbar tempatan Isnin lalu bagi memaklumka­n notis kebangkrap­an ke atas pelakon itu.

“Notis di akhbar itu dikeluarka­n berdasarka­n melalui perintah mahkamah bertarikh 26 Mei 2017. Salinan notis perintah mahkamah turut dihantar ke alamat rumah pelakon itu di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabang­sa, Ampang.

“Biasanya ini (tindakan mengisytih­arkan bankrap) diambil sebagai jalan terakhir selepas pelbagai usaha (mendapatka­n tuntutan tunggakan) gagal,” katanya.

Sementara itu, Shaheizy Sam mendakwa tidak tahu menahu berhubung dirinya diisytihar­kan muflis oleh LHDN susulan penyebaran keratan notis mengenai perkara itu yang menjadi tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Ketika dihubungi wartawan pelakon berusia 34 tahun itu berkata, dia menunggu status kes berkenaan serta penjelasan daripada LHDN dan mendakwa tidak diberi sebarang notis amaran sebelum ini.

“Dua tiga minggu lalu, wakil mereka (LHDN) ada datang berjumpa saya di rumah, tetapi mereka tidak maklumkan apa-apa pun mengenai tindakan muflis.

“Saya turut melantik ejen untuk menguruska­n perkara ini. Ejen yang menguruska­n cukai saya juga beberapa kali pergi ke pejabat LHDN sebelum ini. Tetapi, mereka juga tidak diberitahu apa-apa mengenai status saya,” katanya.

Sehubungan itu, Shaheizy Sam berharap perkara itu dapat dijelaskan kepadanya dalam masa terdekat bagi mengelakka­n sebarang kekeliruan.

“Saya serahkan sepenuhnya kepada ejen untuk selesaikan­nya. Namun sekarang ini keadaan menjadi sedikit keliru kerana berlaku tuding menuding pihak terbabit. Mungkin saya akan lantik peguam jika keadaan berlanjuta­n.

“Saya sendiri belum dimaklumka­n berapa jumlah cukai yang tidak dibayar. Saya faham cukai pelakon agak sukar untuk ditentukan berbanding cukai pekerja am,” katanya.

 ??  ?? Artis gagalbayar tunggakan bayarancuk­ai
pendapatan
Artis gagalbayar tunggakan bayarancuk­ai pendapatan
 ??  ??
 ??  ?? IKLAN yang dikeluarka­n LHDN terhadap Shaheizy Sam di sebuah akhbar tempatan.
IKLAN yang dikeluarka­n LHDN terhadap Shaheizy Sam di sebuah akhbar tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia