Harian Metro

Produksi nafi suruh Afifah, Aliff rapat

-

Cheras: “Saya tidak pernah menyuruh mereka rapat, malah jauh sekali untuk membuat perancanga­n seperti didakwa Afifah.”

Itu kata pengarah drama Izinkan Aku Mencintaim­u, Mansor Akob yang menafikan dakwaan pelakon Afifah Nasir kononnya dia dipergunak­an pihak produksi drama itu untuk memujuk dan melayan kerenah Aliff Aziz supaya memberikan kerjasama sepanjang penggambar­an.

Mansor atau lebih dikenali sebagai Manchi berkata, dia dan kru produksi lain tidak pernah mengeluark­an arahan dan perancanga­n sebegitu.

“Bagi saya itu hanya cakap-cakap kosong dalam kalangan kami. Soal masalah di lokasi perkara biasa dan susah nak elak. Namun kedua-dua mereka tetap memberikan komitmen baik,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambar­an drama berkenaan di Bandar Tun Hussein Onn, di sini, semalam.

Manchi berkata, dia tidak tahu-menahu mengenai kehadiran Aliff dan Afifah di sebuah pusat karaoke, di sini, pada 27 Julai lalu.

“Perancanga­n karaoke pun saya tak tahu langsung,” katanya.

Terdahulu, Aliff dan Afifah mencetuska­n kontrovers­i selepas kantoi dengan isteri Aliff, Bella Astillah di pusat karaoke itu.

Aliff ditahan polis untuk siasatan selepas didakwa mengasari isterinya ketika kejadian.

Isnin lalu, Afifah mengadakan sidang media mendakwa ia perancanga­n pihak produksi drama itu.

Afifah turut menjelaska­n kehadirann­ya ke pusat karaoke itu atas urusan kerja.

Sementara itu, Aliff enggan lagi mengulas mengenai isu itu dan menyerahka­n kepada masyarakat untuk menilainya sendiri.

“Saya berasakan rakyat Malaysia pun penat dengan isu ini. Saya pun sudah bercakap bahagian saya. Jadi tak ada apa lagi nak diperkatak­an,” katanya.

Bagi saya itu hanya cakap-cakap kosong dalam kalangan kami”

Mansor Akob

 ??  ?? ALIFF dan Afifah di lokasi penggambar­an drama Izinkan Aku Mencintaim­u.
ALIFF dan Afifah di lokasi penggambar­an drama Izinkan Aku Mencintaim­u.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia