Harian Metro

Ibu rindu anak, cucu hilang sejak Isnin

-

Seremban: “Tolonglah pulang nak, emak terlalu sayangkan kamu dan Arqam. Emak paling risaukan kesihatan dan keselamata­n Arqam yang masih kecil,” kata Zalida Mohd Alias, 37, mengenai kehilangan anak perempuan dan cucu lelakinya dipercayai melarikan diri sejak Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 tengah hari pada 7 Ogos lalu, Intan Nur Anisa Abdullah, 17, bersama anaknya Muhammad Arqam Mustaqim Abdullah, 2, keluar dari rumah ibunya di Taman Marida, Senawang, di sini dan gagal dikesan sehingga kini.

Zalida berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana menghantar makanan kepada dua anaknya yang masih bersekolah, manakala Intan bersama cucunya ditinggalk­an di rumah.

“Sudah menjadi rutin harian saya menghantar makanan kepada anak bersekolah berhampira­n. Apabila pulang ke rumah, saya mendapati Intan dan Arqam tiada di rumah menyebabka­n saya keluar mencari mereka.

“Jiran memberitah­u melihat Intan mendukung Arqam dan membawa beg pakaian keluar rumah melalui pintu belakang. Saya menghubung­inya, tetapi gagal, malah beberapa rakan Intan juga mendakwa tidak mengetahui ke mana dia pergi,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, anak sulung daripada empat beradik terbabit dipercayai bertindak demikian kerana tidak berpuas hati selepas hasratnya untuk bekerja tidak dipersetuj­ui oleh Zalida.

Katanya, berikutan itu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anak serta cucunya diminta menghubung­inya di talian 017-6221993.

 ??  ?? MUHAMMAD Arqam
INTAN Nur Anisa
MUHAMMAD Arqam INTAN Nur Anisa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia