Harian Metro

Tak mudah ‘cairkan’ hati Cheng

-

Shah Alam: Walaupun sibuk serta mempunyai masa terbatas dengan tugas sebagai pegawai kanan polis namun ia tidak menghalang Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Sakri Ariffin berdakwah kepada rakan karibnya.

Bagi beliau, bukan mudah untuk ‘mencairkan’ hati Cheng Koon Peng, 57, atau nama Islamnya Ismail Sakri Cheng Abdullah malah hampir 10 tahun masa diambil sebelum rakannya membuat keputusan memeluk agama Islam.

Mohd Sakri berkata, sebagai sahabat, beliau membantu Ismail Sakri dalam pelbagai perkara termasuk persoalan yang ditanya mengenai agama Islam.

“Saya kenal dia ketika saya bertugas di Perak pada 1980-an dan ketika itu dia ada perniagaan sendiri.

“Kesibukan tugas dan kerja menyebabka­n masing-masing jarang bertemu, tetapi telefon menjadi penghubung.

“Walaupun saya ditukarkan ke pelbagai negeri, kami masih berhubung dan dari situ dia tanya saya pelbagai perkara termasuk mengenai agama Islam,” katanya.

Menurutnya, beliau sudah lama berdakwah kepada rakannya namun pintu hatinya masih belum terbuka lagi hinggalah kira-kira 10 tahun lalu Ismail Sakri bertanya ajaran agama Islam.

“Melalui ilmu diperoleh secara tidak langsung itu, ada dipraktikk­an contohnya meninggalk­an judi dan minum arak.

“Saya sentiasa menyokongn­ya dalam hal mendalami agama Islam,” katanya.

Menurutnya, apabila perkara yang beliau tidak boleh memberi jawapan, ia dirujuk kepada mereka yang arif.

“Apabila dia menyatakan mahu memeluk Islam saya bersyukur malah terharu kerana dia sanggup menggunaka­n nama saya.

“Ketika mengucap syahadah di Surau Khalid Al-Walid, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor saya rasa puas dan mahu menangis selepas sekian lama dia akhirnya memeluk Islam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia