Harian Metro

Tong ikan ambil nyawa

- Mohd Shukor Amin dan Amirul Aiman Hamsuddin am@hmetro.com.my

“Saya tidak menyedari apa yang berlaku sehinggala­h seorang daripada kru bot menjerit memberitah­u Nazaruddin berada dalam tong ikan,” kata Kee Chai Lee, 46.

Kee adalah rakan kepada Nazaruddin Abd Rahman, 39, yang meninggal dunia selepas tergelinci­r sebelum terjatuh ke dalam tong ikan setinggi dua meter di enam batu nautika dari Bagan Sungai Lang, di sini, petang kelmarin.

Kejadian berlaku jam 6 petang ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas menangkap ikan.

Kee yang juga pemilik bot itu berkata, bapa kepada tiga anak itu pekerja berdedikas­i dan mengikut arahan.

“Selama empat tahun dia (Nazaruddin) bekerja di bawah saya. Dia serius melakukan kerja serta tidak banyak bercakap.

“Malah, saya senang hati melihat dia cekap menguruska­n urusan jual beli bersama pihak lain meskipun saya tiada di sekitar jeti atau tempat mengambil ikan,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian, dia meminta bantuan adiknya yang berada di bot berhampira­n untuk mengeluark­annya.

“Apabila adik bersama seorang kru kapal sampai, kami bertiga bersama seorang kru bot saya mengangkat mangsa keluar dari tong itu menggunaka­n mesin penarik ikan sebelum menghubung­i polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superinten­dan Nor Azmi Isa berkata, permukaan bot licin

 Mayat kru bot nelayan dikeluarka­n dengan bantuan mesin penarik

menyebabka­n mangsa tergelinci­r lalu termasuk ke dalam tong ikan di bot itu.

Beliau berkata, rakan mangsa cuba memberi bantuan dengan mengeluark­an mangsa dari tong ikan itu, tetapi mangsa tidak lagi bernyawa.

“Kami dapati tiada unsur jenayah dalam insiden ini dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Nor Azmi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) untuk bedah siasat dan keputusann­ya mendapati mangsa mati lemas.

Dalam pada itu usaha menemu bual isteri mangsa, Nor Kamariah Yahya, 28, gagal apabila dia yang kini mengandung tiga bulan bersama tiga anak berusia lima, sembilan dan 10 tahun pulang ke Kluang, Johor untuk urusan pengebumia­n.

Difahamkan jenazah Nazaruddin dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Layang-layang, Kluang, untuk dikebumika­n.

 ??  ??
 ??  ?? KEE menunjukka­n tempat mangsa meninggal dunia selepas tergelinci­r dan terjatuh ke dalam tong ikan di bot.
KEE menunjukka­n tempat mangsa meninggal dunia selepas tergelinci­r dan terjatuh ke dalam tong ikan di bot.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia