Harian Metro

Bersendiri­an ke Tanah Suci pada usia 76 tahun ANUGERAH TERINDAH

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

Kelana Jaya: Walaupun usianya sudah mencecah 76 tahun, ia bukan penghalang buat warga emas, Mohd Khalil Sanusi untuk menjejakka­n kaki ke Tanah Suci buat kali pertama secara bersendiri­an.

Melihat dari segi luaran, mungkin ramai yang berasa mustahil apabila seorang warga emas masih bersemanga­t menunaikan haji tanpa diiringi ahli keluarga.

Isterinya, Temirah Salmin, 66, berkata, pada mulanya dia tidak menyangka suaminya menerima panggilan haji selepas menunggu hampir 10 tahun untuk ke Tanah Suci.

“Ini adalah rezeki suami untuk pergi menunaikan haji terlebih dulu dan walaupun berasa sedikit sedih, saya perlu reda dengan ketentuan Allah.

“Saya juga memberi keizinan kepada suami untuk pergi menunaikan ibadat haji walaupun pada mulanya berasa gusar kerana suami pergi bersendiri­an pada usia sebegini,” katanya.

Menurutnya, walaupun suami dalam keadaan uzur, saya yakin suami sudah membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal sebelum berangkat ke Tanah Suci.

“Suami saya juga tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan disebabkan itu saya memberi sepenuh kepercayaa­n kepada suami untuk pergi menunaikan haji tanpa diiringi ahli keluarga.

“Walaupun terkilan dan sedih, saya pasrah ketentuan Ilahi kerana menjemput suami untuk pergi menunaikan haji pada usia sebegini,” katanya yang mempunyai tujuh anak dan 12 cucu.

Temirah berkata, dia berharap supaya suami mendapat haji mabrur walaupun pergi dalam keadaan uzur.

“Saya berharap supaya suami diberi perlindung­an di sana manakala saya akan mengawasi keadaan anak dan cucu di rumah sepanjang ketiadaann­ya,” katanya.

Kelana Jaya

Detik menjadi tetamu Allah lebih indah apabila saudara terdekat turut mendapat panggilan menunaikan ibadat haji ke Tanah Suci pada tahun sama.

Situasi berkenaan menjadi antara hari bersejarah bagi keluarga Abd Rahim Padimin, 58, dan Ahmad Sali, 59, apabila dipertemuk­an ahli keluarga serta sanak saudara yang mengiringi mereka sebelum berangkat ke Makkah.

Kedua-dua jemaah haji yang berasal dari Pengerang, Johor berkata, mereka tidak merancang untuk menunaikan ibadat haji bersama tetapi memanjatka­n rasa syukur apabila mendapat panggilan haji yang sama.

Menurut Abd Rahim, dia mula mendaftar haji pada tahun 2009 bersama isteri, Zainon Nasir, 58, dan menunggu lapan tahun untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

“Walaupun tidak dapat menunaikan ibadat haji bersama isteri, saya perlu reda akan ketentuan Ilahi kerana mungkin ada hikmah di sebalik ini.

“Saya menerima panggilan haji pada bulan Julai lalu dan tidak menyangka hasil titik peluh menyimpan lebihan wang di dalam akuan Tabung Haji setiap bulan membuatkan nama saya terpilih awal berbanding isteri untuk menunaikan haji,” katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji, di sini.

Dia yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, giliran haji sepatutnya akan tiba pada tahun 2032, tetapi tidak menyangka dapat menunaikan haji secepat ini lebih-lebih lagi bersama saudara terdekat.

“Saya hanya mampu mengalirka­n air mata sebaik menerima surat panggilan haji pada Julai lalu dan terpilih menjadi tetamu Allah selepas menunggu bertahun-tahun.

“Alhamdulil­lah berkat doa daripada isteri dan ahli keluarga diakhiri dengan kemanisan apabila Allah memberi peluang kepada saya untuk menunaikan haji terlebih dulu,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Sali berkata, dia tidak menyangka mendapat panggilan haji bersama saudara terdekat walaupun terpaksa pergi menunaikan haji tanpa isteri, Saodah Abd Salam, 58 di sisinya.

“Saya juga mula mendaftar haji pada tahun 2009 dan terus melangsaik­an bayaran penuh kepada Tabung Haji untuk pergi menunaikan haji hasil daripada caruman wang simpanan pekerja.

“Ingatkan saya akan pergi

 2 saudara teruja terima panggilan haji sama

 ??  ?? MOHD Khalil
MOHD Khalil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia