Harian Metro

Penantian sedekad

-

Kelana Jaya: Hanya perkataan syukur dapat dizahirkan selepas penantian lebih 10 tahun untuk menunaikan ibadat haji akhirnya dimakbulka­n Allah SWT.

Mohd Amir Abdullah, 65, antara 1,200 jemaah haji terpilih yang menerima tajaan di bawah Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Developmen­t Berhad (PKHYABPM-1MDB) dari seluruh negara yang berangkat ke Madinah, jam 3 pagi semalam.

Katanya, dia berterima kasih atas tajaan yang diberikan kerana itu adalah hadiah terindah dalam hidupnya selepas membuat rayuan sebanyak dua kali kepada Tabung Haji untuk menjejakka­n kaki ke Tanah Suci.

“Penantian yang ditunggu selama 10 tahun ini akhirnya termakbul apabila diberi peluang menyempurn­akan Rukun Islam kelima bersama jemaah haji yang lain tanpa mengeluark­an kos yang banyak.

“Alhamdulil­lah, berkat doa yang dipanjatka­n kepada Ilahi akhirnya hasrat saya untuk menunaikan ibadat haji kesampaian walau terpaksa menunggu giliran yang lama,” katanya.

Mohd Amir berkata, gilirannya untuk pergi menunaikan haji sepatutnya tiba 15 tahun lagi iaitu pada 2032.

“Namun atas tajaan yang diberikan ini, saya berasa bersyukur kerana dapat menunaikan ibadat haji dalam tempoh awal.

“Sebaik dimaklumka­n terpilih menjadi tetamu Allah di bawah program ini, saya melakukan sujud syukur selepas beberapa kali rayuan untuk pergi menunaikan haji ditolak,” katanya.

 ??  ?? MOHD Amir
MOHD Amir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia