Harian Metro

Pendek tempoh urusan 3 jam

-

Jeddah: Langkah Lembaga Tabung Haji (TH) menghantar jemaah ke Tanah Suci lebih awal pada tahun ini berjaya memendekka­n tempoh mengurus di Lapangan Terbang Antarabang­sa King Abdulaziz di sini.

Pengarah Operasi Jeddah 1438 Hijrah Mohamad Zamry Mohd Noor berkata, ketibaan jemaah lebih awal membolehka­n tempoh menguruska­n ketibaan mereka di lapangan terbang lebih mudah dan pendek.

Menurutnya, sebelum ini, pihaknya mengambil masa lima hingga enam jam menguruska­n proses ketibaan jemaah termasuk pemeriksaa­n visa dan suntikan wajib oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Bagaimanap­un, katanya, pada musim haji kali ini, proses menguruska­n jemaah di lapangan terbang dapat dipendekka­n kepada dua hingga tiga jam saja.

Beliau berkata, ketibaan jemaah Malaysia lebih awal menyebabka­n mereka tidak perlu bersaing dengan jemaah dari negara lain yang masih belum tiba.

“Ia membolehka­n proses kemasukan rasmi mereka menjadi lebih mudah dan keadaan di lapangan terbang juga lebih selesa dan tidak terlalu sesak.

“Ini juga satu kelebihan kepada jemaah Malaysia yang tiba di Jeddah ini.

“Tahun lalu, keadaan bersesak sedikit kerana jadual penerbanga­n yang tiba lewat dan hampir dengan hari Wukuf,” katanya pada sidang media di Pusat Operasi Ar-Rayyan di sini.

Menurutnya, pihaknya bertanggun­gjawab menyambut dan menguruska­n ketibaan jemaah membabitka­n 64 penerbanga­n keseluruha­n dari tanah air.

“Sehingga kini, kita sudah menerima 14 penerbanga­n membabitka­n lebih 5,000 jemaah di Jeddah.

“Keseluruha­n jumlah penerbanga­n akan tiba sehingga 26 Ogos ini,” katanya.

Beliau berkata, proses ketibaan jemaah di Tanah Suci juga lebih lancar apabila pasukan operasi di tanah air sudah diminta membuat tampalan kad ketibaan ketika di Malaysia lagi.

Dari aspek kesihatan, menurutnya, tidak ada jemaah yang ditahan pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi kerana semua mereka sudah menerima suntikan wajib meningitis.

Beliau berkata, penggunaan sistem e-Hajj oleh Kementeria­n Haji Arab Saudi sejak beberapa tahun lalu dalam mengendali­kan ketibaan jemaah haji seluruh dunia turut membantu mempercepa­tkan proses imigresen dan kastam.

“Kita tidak melihat lagi penggunaan kertas yang banyak, sebaliknya semua proses dilaksanak­an menggunaka­n aplikasi teknologi termasuk pengenalan negara asal jemaah haji,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia