Harian Metro

IMPIAN KUDUS

-

Taupo, New Zealand

Perjuangan lelaki ini hanya satu untuk melihat sebuah kompleks masjid dibina di Taupo, New Zealand sebelum dia menutup mata.

Warga emas ini yang juga Pengerusi Badan Amanah Islam dan Pembelajar­an Taupo, Abdul Kuddus, 65, sanggup berulang alik dari rumahnya di Auckland setiap hari dengan memandu selama tiga jam untuk melawat Taupo Islamic yang bakal berubah wajah menjadi satu kompleks masjid sedikit masa lagi.

“Sebelum saya menutup mata, saya ingin melakukan sesuatu kepada masyarakat Islam di daerah ini.

“Keperluan membina sebuah kompleks masjid sangat perlu kerana saya tidak sanggup melihat orang Islam solat di merata-rata tempat di Taupo. Inilah perjuangan saya yang tidak akan terhenti sehingga terbinanya kompleks ini,”

 Warga emas berjuang cari dana demi melihat masjid berdiri megah di Taupo, New Zealand

katanya kepada Harian

Metro.

Bapa kepada dua anak itu berkata, jika difikirkan dengan usia sekarang, dia tidak perlu bersusah payah untuk melalui perjalanan tiga jam untuk melihat Taupo Islamic yang menjadi satu-satunya masjid di daerah itu, tetapi demi ummah sejagat tanggungja­wab itu dirasakan perlu.

“Saya meluahkan hasrat kepada salah seorang rakan, yang juga rakyat Malaysia untuk mencari dana membantu membina masjid besar bagi kegunaan umat Islam di sini.

“Sangat menyedihka­n apabila setiap kali solat Jumaat, masjid ini hanya boleh menampung 50 umat Islam dan selebihnya tidak dapat solat berjemaah bersama-sama,” katanya.

Menurutnya, walaupun penduduk Islam adalah golongan minoriti iaitu hanya 25 keluarga, tetapi kebanyakan warga asing dari Kenya, Indonesia, Turki bekerja di daerah itu adalah orang Islam, malah lebih 100 pelancong Islam datang ke Taupo setiap bulan.

“Rakan saya menyaranka­n supaya pergi ke Malaysia dan

 ??  ?? ABDUL Kuddus bersama dua penganut Islam selepas solat Jumaat.
ABDUL Kuddus bersama dua penganut Islam selepas solat Jumaat.
 ??  ?? ABDUL Kuddus bertemu Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Zulkifli Al-Bakri ketika berkunjung di Taupo.
ABDUL Kuddus bertemu Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Zulkifli Al-Bakri ketika berkunjung di Taupo.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia