Harian Metro

Hiburan tepati syariah

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

 Hari Kebangsaan tahun ini disambut dengan penghayata­n kalam suci

“Hiburan yang menepati syariah sempena sambutan Hari Kebangsaan. Kami mahu setiap kali Hari Kebangsaan, masyarakat semakin dekat dengan al-Quran dan Islam.”

Demikian pandangan pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias berhubung penganjura­n dua program penting iaitu World #QuranHour dan Merdeka #QuranHour yang bermula pada malam sambutan Hari Kebangsaan iaitu 30 dan 31 Ogos ini.

Mohd Kazim berkata, sambutan tahun ini yang menggunaka­n kaedah berbeza perlu diterima baik oleh semua pihak terutama masyarakat Islam kerana ia sememangny­a dianjurkan dalam agama.

“Malam merdeka (30 Ogos) dan pagi Hari Kebangsaan (31 Ogos) nanti, kita semua berkumpul membaca ayat suci al-Quran dan menghayati maksud ayat suci ini.

“Program seperti ini juga perlu diperluask­an di seluruh negara supaya Hari Kebangsaan yang kita semua sambut penuh dengan penghayata­n menepati Islam dan digalakkan dalam agama ini,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Merdeka #QuranHour akan bermula jam 8.30 malam di Dataran Merdeka pada 30 Ogos manakala World #QuranHour diadakan di masjid terpilih seluruh negara pada 31 Ogos sempena Wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah yang kebetulan serentak Hari Kebangsaan.

Sepanjang program itu, bacaan ayat suci al-Quran akan diperdenga­rkan secara serentak selama satu jam. Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) menjadi antara rakan media rasmi program berkenaan.

Beliau berkata, umat

Islam di zaman ini juga perlu kreatif dalam mengajak masyarakat membaca al-Quran dengan menganjurk­an program seperti ini.

“Kita jangan terlalu sempit apabila melihat apa yang nabi tidak lakukan sebagai bidaah, kita kena kreatif untuk menjadikan masyarakat kita dekat dengan al-Quran,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia