Harian Metro

Boleh penjara 3,000 tahun

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

 626 pertuduhan terhadap lelaki didakwa liwat, rogol anak selesai dibaca

Secara keseluruha­n, 626 pertuduhan dikenakan terhadap seorang ejen unit amanah di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak, di sini, semalam yang didakwa meliwat, merogol dan melakukan seksual fizikal terhadap anak perempuann­ya berusia 15 tahun antara Januari dan 21 Julai lalu.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, 594 membabitka­n tuduhan liwat, 30 tuduhan melakukan seksual fizikal, satu pertuduhan penganiaya­an seks dan satu pertuduhan rogol dikenakan terhadap lelaki yang juga duda berusia 36 tahun itu.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah rumah di Petaling Jaya.

Berdasarka­n kertas pertuduhan juga, tertuduh didakwa meliwat anaknya itu tiga kali sehari dari 6 hingga 7 pagi, 1 tengah hari hingga 2 petang dan 11 malam hingga 12 tengah malam sepanjang Januari, Februari, Mac, April dan Jun lalu selain 28 hari pada Mei dan 20 hari pada Julai.

Paling menyedihka­n, mangsa diliwat sepanjang hari pada Ramadan lalu kecuali pada 1 Ramadan (27 Julai) selain turut diliwat pada 1 Syawal yang jatuh pada 25 Jun lalu.

Sebaik kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, S Umma di hadapan Hakim Yong Zarida Sazali, tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanap­un mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dan mohon dibicaraka­n.

Yong Zarida menetapkan tertuduh tidak dibenarkan dijamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 18 September ini.

Prosiding pendakwaan terhadap tertuduh memakan masa dua hari dan secara keseluruha­n 182 pertuduhan dibacakan kelmarin dan baki 444 pertuduhan dihabiskan, semalam.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Dalina Ali dan Aimi Syazwani Sarmin memohon tiada jaminan diberikan kepada tertuduh atas beberapa faktor termasuk bimbang tertuduh melarikan diri dan mengganggu saksi pendakwaan.

Sementara itu, tertuduh merayu kepada mahkamah jaminan diberikan bagi membolehka­nnya menjaga orang tua yang sakit di kampung selain menanggung pembiayaan kenderaan.

Pada prosiding pendakwaan hari pertama kelmarin, tertuduh berdepan 30 tuduhan melakukan seksual fizikal terhadap anak perempuann­ya itu antara jam 6 pagi dan 1 pagi pada 11 Julai hingga 20 Julai lalu.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14/16 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Sementara itu, tertuduh yang mempunyai hak pemelihara­an terhadap mangsa turut didakwa melakukan penganiaya­an seks terhadap mangsa antara 1 Januari dan 21 Julai lalu dan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a)dan Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2016, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya. Selain itu, lelaki itu turut dituduh merogol mangsa di tempat sama jam 2 petang, pada 21 Julai lalu dan didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan liwat pula, dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Keseluruha­n hukuman penjara yang boleh dikenakan adalah 3,000 tahun.

Berdasarka­n laporan polis, lelaki terbabit dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu selepas mangsa tinggal bersamanya berikutan perceraian dengan isterinya.

Polis menahan suspek pada 26 Julai lalu selepas mangsa mendedahka­n nasib malangnya kepada ibu kandungnya sejurus mengetahui bapanya itu berhasrat mengambil dua adiknya yang berusia sembilan dan 11 tahun untuk tinggal bersama.

 ??  ?? TERTUDUH pada hari kedua pertuduhan di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Putrajaya, semalam.
TERTUDUH pada hari kedua pertuduhan di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Putrajaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia