Harian Metro

Pelan jangka panjang

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

 Kerajaan kaji metodologi bangun masa depan negara sesuai TN50

Kerajaan akan melihat kepentinga­n kajian strategik masa hadapan bagi memastikan ia selari dan bertepatan dengan pelan jangka panjang negara termasuk Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, negara membangun dunia seperti United Kingdom, Finland dan Singapura sudah menggunapa­kai metodologi

bagi memastikan pelan jangka panjang negara mereka bertepatan dan sesuai dengan keperluan masa hadapan.

“Saya juga difahamkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa sendiri menerajui dan menggalakk­an metodologi digunakan dalam penyediaan pelan tindakan negara.

“Saya begitu teruja apabila Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) menggunapa­kai metodologi dalam penyediaan pelan strategikn­ya dengan kerjasama Malaysian Foresight Institute (myForesigh­t) dan Program Pembanguna­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP),” katanya pada ucaptama ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Sains Negara (NSC) Bilangan 3 Tahun 2017, di sini, semalam.

Katanya, inisiatif berkenaan memperliha­tkan keupayaan kerajaan mengaplika­si ilmu dan teknologi demi kesejahter­aan rakyat dan negara.

Dalam pada itu, Najib berkata, ketiga-tiga kertas pertimbang­an yang dibincangk­an pada mesyuarat NSC akan menyentuh perkara dan isu masa hadapan, Revolusi Industri ke-4, prospek kerja masa hadapan dan keselamata­n siber.

“Pertimbang­an itu perlu bagi menyaksika­n keperluan negara dan industri dalam menguasai teknologi termasuk mengeksplo­itasi dan meneroka teknologi sekali gus memastikan negara tidak ketinggala­n dalam persaingan yang sangat memberi impak kepada pembanguna­n dan ekonomi negara serta kesejahter­aan dan keselamata­n rakyat,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata, bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) turut menjadi pemangkin dalam kemajuan pelbagai sektor dan lapangan merentasi kementeria­n dan agensi dalam negara ini.

“Pada mesyuarat NSC terdahulu, kita dimaklumka­n teknologi terkini yang dicipta atau diguna pakai dalam bidang sukan, perhutanan dan sebagainya.

“Perkongsia­n seperti ini perlu diteruskan untuk pengetahua­n ahli majlis dan perlu diberi perhatian agar penggunaan teknologi ini dapat diperluas dan seteruskan dikomersia­lkan untuk menjana ekonomi negara,” katanya.

Selain itu, mesyuarat NSC semalam turut meraikan ahli baru NSC iaitu Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid yang menggantik­an Datuk Seri Rahmat Bivi Yusoff yang bersara daripada perkhidmat­an awam.

Majlis Sains Negara turut merakamkan ucapan tahniah kepada Penasihat Sains Kepada Perdana Menteri Tan Sri Zakri Abdul Hamid kerana dianugerah­kan ASEAN Biodiversi­ty Heroes Award di Manila pada Selasa lalu.

 ??  ?? NAJIB ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Sains Negara Bilangan 3 Tahun 2017 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.
NAJIB ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Sains Negara Bilangan 3 Tahun 2017 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia