Harian Metro

Berkat kawan baik akhlak

 Diri terpelihar­a daripada melakukan dosa dan maksiat

-

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kamu sekalian adalah pemimpin, dan kamu sekalian bertanggun­gjawab ke atas orang yang dipimpinny­a. Seorang Amir (raja) adalah pemimpin, seorang suami pun pemimpin atas keluargany­a dan isteri juga pemimpin bagi rumah suaminya dan anak-anaknya. Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu sekalian akan diminta per tanggungja­wab a n nya atas ke pemimpin a n nya .”

Remaja perempuan hari ini akan berasa diri ‘tidak laku’ jika tidak mempunyai teman lelaki ketika zaman persekolah­an.

Menurut seorang rakan penulis yang bertugas sebagai guru disiplin di sebuah sekolah menengah, mentaliti kebanyakan pelajar perempuan di sekolah itu jika berumur 15 tahun dan masih dara, gadis itu akan dikategori­kan sebagai tidak laku.

Menakutkan bukan? Ya. Trend sebegitula­h yang menular dalam kalangan remaja hari ini. Pada zaman 70- andan 80-an, pergaulan lelaki dan perempuan masih lagi terjaga dengan baik.

Hari ini jika anda memarahi anak perempuan, tidak mustahil dia akan melarikan diri bersama teman lelaki.

Lebih malang lagi jika anak anda menjadi mangsa rogol teman lelakinya. Ia adalah bala yang bertalital­i, selepas dirogol mungkin dia akan merelakan diri menjadi hamba seks kepada teman lelakinya.

Ramai remaja perempuan berfikir sedemikian rupa kerana bagi mereka tiada apa lagi yang perlu dipertahan­kan.

Maruah sebagai gadis tiada lagi. Dia berasa malu untuk kembali ke pangkuan keluarga kerana sudah mengingkar­i perintah ibu dan bapa.

Seseorang bergantung pada agama temannya.

Maka hendaknya ia melihat dengan siapa dia berteman”

Hadis riwayat Abu Daud

Seluruh hidupnya akan terkorban kerana satu kesilapan yang dilakukan pada awal hidup. Kadangkada­ng itu juga adalah salah satu plot kehidupan seseorang yang terbabit dalam kancah pelacuran.

Penulis pernah berhadapan dengan situasi seorang remaja perempuan melarikan diri dari rumah. Ibu remaja itu menghubung­i penulis beberapa hari selepas kejadian untuk memaklumka­n hal berkenaan.

Kisahnya bermula apabila pada waktu Maghrib berlaku pertengkar­an di antara remaja berkenaan dengan ibunya.

Pada akhir pertengkar­an, si ibu melontarka­n cabaran kepada anaknya: “Kalau kau hebat sangat, keluar dari rumah ini.”

Ibunya menyangka pertengkar­an berakhir di situ saja. Pada waktu tengah malam, remaja perempuan berkenaan keluar dari rumah tanpa pengetahua­n sesiapa.

Ketiadaann­ya disedari si bapa yang bangun untuk ke tandas. Setelah puas mencari, barulah teman lelakinya menghantar remaja berkenaan pulang ke rumah kira-kira jam 3 pagi.

Ketika kejadian usia remaja perempuan itu 15 tahun. Penulis rasa bersyukur kepada Allah SWT tiada apa yang berlaku terhadapny­a ketika di bawah jagaan teman lelakinya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang bergantung pada agama temannya. Maka hendaknya ia melihat dengan siapa dia berteman.” (Hadis riwayat Abu Daud)

 ??  ?? NILAI persahabat­an yang baik umpama pokok dan air yang saling bantu-membantu untuk kelangsung­an hidup.
NILAI persahabat­an yang baik umpama pokok dan air yang saling bantu-membantu untuk kelangsung­an hidup.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia