Harian Metro

Mohon ampun untuk umat Islam

-

“Ya Allah yang Maha Agung lagi Maha Mulia, limpahkanl­ah rahmat dan keselamata­n serta keberkatan untuk pemimpin para Nabi-Mu penghulu para utusan-Mu iaitu junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan untuk seluruh saudaranya daripada para Nabi dan utusan berserta seluruh hamba-hamba-Mu yang soleh daripada ahli langit dan bumi dan kepadaku berserta mereka dengan rahmat-Mu wahai sebaik-baik Zat Pemberi rahmat, ya Allah yang Maha Agung lagi Maha Mulia.”

“Tiada Tuhan selain Allah dan aku memohon ampun kepada Allah kerana dosaku dan untuk orang muslimin dan muslimat dan sebanyak bilangan makhluk-Nya dan akan keredaan zat-Nya dan seberat timbangan ‘Arasy-Nya dan sebanyak tinta untuk menulis kalimatkal­imat-Nya.”

“Wahai Tuhan kami, ampunkanla­h dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhn­ya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan Rahmat-Mu.” (Surah

al-Hasyr, ayat 10)

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaiman­a yang Engkau bebankan kepada orangorang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, jangan Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanla­h dosa kami dan berilah rahmat kepada kami, Engkaulah Penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)

“Wahai Tuhan kami, kepada Engkau saja kami berserah diri dan kepada Engkaulah kami sujud bertaubat serta kepada Engkaulah jua tempat kembali.” (Surah al-Mumtahanah, ayat 4).

“Kami berpagi-pagi dan jadikanlah kekuasaan milik Allah, Tuhan sekalian alam. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu akan kebaikan hari ini sebagai kemenangan­nya, pertolonga­nnya, cahayanya, keberkatan­nya dan petunjukny­a dan aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan hari ini dan kejahatan apa yang ada di dalamnya dan kejahatan apa yang sebelumnya dan kejahatan apa yang sesudahnya.”

“Ya Tuhanku, semoga Engkau berkenan menjadikan aku dekat di sisi-Mu dan pertemuan kembali yang baik dan jadikanlah aku daripada orang yang takut menghadap Engkau, takut ancaman Tuhan dan orang yang mengharap pertemuan-Mu. Jadikanlah aku bertaubat kepada-Mu dengan amal yang berjaya, perjalanan yang disyukuri dan perdaganga­n yang tiada merugi.” (Diriwayatk­an oleh ad-Dhailani daripada

Abi Hurairah RA)

“Ya Tuhanku, sesungguhn­ya tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhan kerelaan-Mu di dunia dan di akhirat dengan rahmat-Mu wahai sebaik-baik Pemberi rahmat. Ya Allah, ya Allah, wahai Zat yang Maha Agung lagi Maha Mulia.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia