Harian Metro

Percepat sistem pengurusan ubat

-

Kuala Lumpur: Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC) mahu Kementeria­n Kesihatan mempercepa­tkan pelaksanaa­n sistem teknologi maklumat bagi memastikan pengurusan ubat dapat dilakukan dengan cekap.

Selain itu, kementeria­n terbabit juga diminta meningkatk­an lagi publisiti dan kesedaran dalam kalangan rakyat bagi mengelakka­n pambaziran ubat.

Pengerusi PAC Datuk Seri Hasan Arifin berkata, pihaknya membentang­kan laporan berhubung Pengurusan Bekalan Ubat di Klinik Kesihatan di bawah Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) di Dewan Rakyat, semalam dan isu itu turut dibangkit dalam pembentang­an Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2015 Siri 2 yang dibentangk­an di Dewan Rakyat pada 21 November tahun lalu.

Kata beliau, PAC memulakan prosiding pada 7 Disember 2016 dengan memanggil Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagi mem- beri penjelasan terhadap isu yang dibangkitk­an.

“Dalam prosiding terbabit, PAC membangkit­kan beberapa isu iaitu berhubung ubat lewat dibekalkan, penguatkua­saan denda dan penyimpana­n ubat.

“Berdasarka­n kenyataan daripada saksi yang dipanggil memberi keterangan, jawatankua­sa sebulat suara merumuskan kami berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan KKM terutama membabitka­n penambahba­ikan dalam penyimpana­n stok ubat serta kawalan dalaman untuk perolehan ubat,” katanya dalam kenyataan media yang diedarkan di Parlimen, semalam.

FAKTA Pelaksanaa­n sistem teknologi maklumat dapat urus ubat dengan cekap

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia