Harian Metro

67 jemaah terkandas

 Sistem permohonan visa dalam talian seluruh dunia tergendala

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

Seramai 67 bakal jemaah haji negara masih terkandas ekoran masalah kelewatan pengeluara­n visa oleh Arab Saudi.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom, 15 ahli keluarga jemaah terbabit juga belum berangkat ke Tanah Suci menjadikan semuanya 82 bakal jemaah yang masih berada di negara ini.

Jamil Khir berkata, masalah berkenaan disebabkan sistem permohonan visa (Arab Saudi) yang kini hanya boleh dimohon menerusi dalam talian.

Katanya, sistem memproses visa tergendala ekoran penambahan jumlah jemaah haji di seluruh dunia yang membuat permohonan serentak.

“Kelulusan visa itu dilakukan secara dalam talian melalui tiga peringkat iaitu e-Haj, Muasasah dan Kementeria­n Luar (MOFA).

“Ia bukan saja dialami Malaysia malah beberapa lagi negara turut menghadapi masalah sama kerana Arab Saudi memberi pertambaha­n kuota jemaah haji tahun ini,” katanya ketika menjawab soalan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) mengenai langkah kerajaan dalam menyelesai­kan masalah jemaah haji yang terkandas di negara ini pada sesi pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Menurut Jamil Khir, Tabung Haji (TH) komited untuk menyelesai­kan masalah berkenaan dan sudah berbincang dengan Kedutaan Arab Saudi mengenai perkara itu.

“Kedutaan (Arab Saudi) menyatakan mereka menambah jumlah kakitangan untuk menguruska­n sistem itu bagi memudahkan urusan yang tergendala.

“Pada masa sama, TH turut menyediaka­n penginapan serta makanan kepada jemaah terbabit dan kita yakin masalah visa itu boleh diselesaik­an sebelum 26 Ogos iaitu tarikh penerbanga­n terakhir ke Tanah Suci,” katanya.

 ??  ?? JAMIL Khir
JAMIL Khir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia