Harian Metro

Belajar bahasa pasar Mesir

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlalily@hmetro.com.my

Kuantan: “Saya belajar menyediaka­n beberapa jenis makanan terkenal di Mesir seperti kuftah, salatah dan kacang fool sebelum menyambung pengajian di Universiti Iskandaria­h (Mesir) selama lima tahun dalam bidang pergigian pada Oktober depan.

“Selain belajar memasak, saya juga perlu mahir menggunaka­n bahasa Arab pasar yang menjadi bahasa pengantara­an sepanjang berada di negara Asia Barat itu terutama ketika berada di bilik kuliah,” kata Ummihanny Mohd Ariff, 18.

Dia antara 48 pelajar tajaan Yayasan Pahang dan MARA yang mengikuti Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA) di Akademi Pengajian Islam dan Bahasa Arab Kolej

Yayasan Pahang Port Dickson: Bahang sambutan Hari Kemerdekaa­n semakin dirasai apabila

1,000 pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yam Tuan Radin menyertai pertanding­an dengan berpakaian tradisiona­l di sekolah terbabit, semalam.

Antara aktiviti diadakan ialah karnival patriotik yang membabitka­n pakaian tradisiona­l dan gubahan (KYP). Program itu sebagai persiapan penuntut sebelum melanjutka­n pengajian ke Universiti Iskandaria­h dan Universiti Yarmouk, Jordan.

Ummihanny berkata, selain mempelajar­i bahasa Arab yang digunakan masyarakat tempatan, dia didedahkan kepada budaya rakyat negara berkenaan termasuk suasana di universiti dan cara bergaul dengan penduduk setempat.

Lebih menarik, bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kepala Batas, Pulau Pinang itu berkata, sepanjang lebih sebulan mengikuti program KIBA, penuntut diajar cara menyediaka­n beberapa jenis makanan ringkas oleh pensyarah yang memiliki kemahiran memasak makanan Mesir.

“Walaupun boleh menerima makanan seperti kuftah, salatah dan kacang fool, nasi tetap menjadi hidangan utama penuntut Malaysia di Mesir. Selain memasak secara berkumpula­n saya difahamkan ada kedai yang menyediaka­n hidangan nasi,” katanya pada program

di Pantai Sepat, di sini, semalam.

Bagi Farouq Ammar Zamri, 18, selepas dua tahun belajar di KYP dalam jurusan Perbankan Islam dan Ekonomi Syariah, dia akan menyambung pengajian di Universiti Yarmouk selama dua tahun sebelum layak memiliki segulung ijazah.

“Saya seronok dapat belajar bahasa Arab pasar digunakan masyarakat Mesir. Walaupun sebelum ini pernah mengikuti kelas bahasa Arab, ia tidak sama dengan bahasa Arab pasar yang diajar sepanjang program KIBA,” katanya.

Johor Bahru

Menghasilk­an karya seni bukan sahaja dapat menampilka­n sisi kreatif seseorang, malah ia boleh memperliha­tkan kematangan si pengkaryan­ya biarpun pada usia muda.

Buktinya mungkin dapat dilihat dengan kewujudan sekolah seni di negara ini termasuk Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeMJ) yang juga satu-satunya institusi pendidikan kesenian peringkat sekolah yang dibina di Johor.

Baru-baru ini, pelajar tingkatan tiga di SSeMJ menghadapi penilaian bagi Pentaksira­n Kesenian Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) dan apa yang boleh dibanggaka­n, karya dihasilkan 67 karyawan muda itu pada tahap tinggi dan di luar jangkaan.

Sekali pandang pasti tidak dapat dijangkaka­n hasil seni visual dihasilkan kepada seni tari, muzik dan lakon dipentaska­n hanya membabitka­n pelajar seawal usia 15 tahun.

Pengetua SSeMJ, Rohana Ismail, prestasi ditunjukka­n pelajar tingkatan tiga dalam

PT3 setiap tahun di sekolah itu semakin meningkat dan memberangs­angkan.

Kemudahan disediakan untuk pelajar juga semakin baik berbanding ketika pelajar terdahulu yang hanya menumpang premis dengan sebuah sekolah lain selama tujuh tahun.

“Selepas tujuh tahun berkongsi premis, kini kami ada bangunan sendiri dan kemudahan lengkap,” katanya ketika ditemui pada hari penilaian Pentaksira­n Kesenian PT3 di SSeMJ, dekat Kota Masai, Selasa lalu.

 ??  ?? PELAJAR mencuba makanan Mesir ketika program Communicat­ive Language Teaching di Pantai Sepat, semalam.
PELAJAR membuat corak berkaitan patriotism­e ketika sambutan Hari Kemerdekaa­n di SMK Yam Tuan Radin, Port Dickson, semalam. RIZATULAKH­MA (kiri) dan...
PELAJAR mencuba makanan Mesir ketika program Communicat­ive Language Teaching di Pantai Sepat, semalam. PELAJAR membuat corak berkaitan patriotism­e ketika sambutan Hari Kemerdekaa­n di SMK Yam Tuan Radin, Port Dickson, semalam. RIZATULAKH­MA (kiri) dan...
 ??  ?? PELAJAR menyediaka­n sajian Arab.
PELAJAR menyediaka­n sajian Arab.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia