Harian Metro

Video cetus kontrovers­i

- Mohd Hu sni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

 SPR nafi keluar klip kempen daftar pemilih sempena PRU14

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) nafi terbabit mengeluark­an sebuah klip video berkaitan kempen daftar pemilih sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang tular di media sosial.

Pengerusin­ya D atuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, pihaknya mendapati paparan keseluruha­n video yang dihasilkan dalam versi bahasa Mandarin membawa kecenderun­gan untuk menimbulka­n hasutan dan menimbulka­n kebencian kepada pihak tertentu melalui kuasa undi mereka.

Beliau berkata, klip video itu turut memaparkan ikon isu yang menjadi kontrovers­i masa kini seperti 1Malaysia D evelopment Berhad (1MD B), MO1 dan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

“Produksi berkenaan menimbulka­n kekeliruan dalam kalangan orang ramai apabila pihak yang tidak bertanggun­gjawab menggunaka­n logo SPR di akhir video itu.

“Berikutan itu, SPR menerima banyak pertanyaan dan aduan daripada pelbagai pihak berhubung klip video itu yang ditularkan itu sama ada ia dihasilkan oleh SPR kerana ada logo dan alamat laman sesawang SPR yang seolah-olah dihasilkan oleh suruhanjay­a ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari semalam.

K atanya, pihaknya menafikan pembabitan SPR dalam penghasila­n produksi itu.

Mohd Hashim berkata, SPR memberi amaran kepada pihak terbabit supaya tidak sewenang-wenangnya menggunaka­n logo badan ini untuk tujuan menghasilk­an mana-mana produksi atau kempen tanpa kebenaran badan ini.

K atanya, SPR juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya logo badan ini disalah guna tanpa kebenaran dengan tujuan mengeliruk­an rakyat dan boleh menjejaska­n imejnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia