Harian Metro

‘Beri komitmen bantu pengamal media’ Nyah garam air laut

- Mohd Sab ran Md Sani sab@hmetro.com.my

Bangi: Organisasi media disaran melaksanak­an program pasport keselamata­n dalam usaha meningkatk­an tahap kesedaran terhadap isu keselamata­n dan kesihatan pekerja seperti yang diguna pakai industri petroleum, telekomuni­kasi dan syarikat korporat di negara ini.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, melalui program itu sekurang-kurangnya petugas media seperti wartawan dan jurugambar mempunyai pengetahua­n asas ketika bertugas di kawasan bencana, konflik atau peperangan.

“Saya menyeru majikan bagi organisasi media seluruh negara sama ada kerajaan mahupun swasta supaya memberikan komitmen dalam usaha membantu pengamal media memperting­katkan tahap kesedaran mereka.

“Tanggungja­wab ini sudah dinyatakan dalam Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 1994 iaitu menjadi kewajipan majikan untuk menyediaka­n persekitar­an kerja selamat dan sihat, seterusnya mengurangk­an kemalangan dan kematian di tempat kerja,” katanya.

Seramai 3,300 penduduk di Kampung Senok Bachok, Kelantan akan memperoleh manfaat menerusi penyelidik­an berkaitan sistem penyahgara­man air laut atau

dibangunka­n penyelidik­an Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Menteri Pendidikan Tinggi, D atuk Seri Idris Jusoh berkata, sistem berkenaan buat pertama kalinya akan dibawa ke perkampung­an berkenaan sempena majlis pelancaran diadakan pada 29 Ogos ini untuk kegunaan penduduk setempat.

“Sistem penyahgara­man air laut akan dilancarka­n pada 29 Ogos ini di sebuah kampung di Senok, Kelantan yang tidak

 Hasil penyelidik­an UTM bakal beri manfaat kepada 3,300 penduduk Kampung Senok, Bachok

memiliki bekalan air langsung.

“Buat pertama kali sistem yang dicipta

UTM akan dibawa ke negeri berkenaan dan akan memberikan bekalan air bersih untuk penduduk kampung,” katanya sempena memorandum perjanjian dan persefaham­an teknologi membran bagi sistem penyahgara­man air laut, semalam.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidik­an Teknologi Membran Termaju (AMTEC), UTM, Profesor D r Ahmad Fauzi Ismail berkata, penghasila­n sistem rawatan air bersih dan selamat itu adalah hasil teknologi penyelidik tempatan dibiayai sepenuhnya Kementeria­n Pendidikan Tinggi.

 ??  ?? IDRIS (tiga dari kiri) diiringi Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Wahid Omar (empat dari kiri) mengadakan lawatan ke bilik kuliah dan meninjau kerjasama industri dan akademik ketika mengadakan lawatan kerja ke UTM.
IDRIS (tiga dari kiri) diiringi Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Wahid Omar (empat dari kiri) mengadakan lawatan ke bilik kuliah dan meninjau kerjasama industri dan akademik ketika mengadakan lawatan kerja ke UTM.
 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia